[PERSPEKTIF] TERAS PEMAIN BRITISH SANGAT PENTING – JENKINSON

carl-jenkinson-arsenal-2012Pemain muda Arsenal, Carl Jenkinson mengakui teras pemain British akan memberi faedah kepada Arsenal untuk jangka masa panjang. Pemain berusia 21 tahun itu merupakan antara enam pemain British yang menandatangani kontrak jangka masa bersama Arsenal untuk kekal di Stadium Emirates. Pertahanan kanan atarabangsa England itu menyertai Arsenal dari Charlton Athletic pada Jun 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £1 juta.

“Saya melihat pengurus (Wenger) memberitahu saya (mengenai teras pemain British),” kata Carl Jenkinson kepada Arsenal.com.

“Saya fikir dia menandatangani pemain-pemain muda British yang akan (memberi faedah) kerana mereka lebih komited bersama kelab dan kekal untuk tempoh masa yang lama.”

Arsenal-signing-fantastics-five-British-talent“Saya rasa dia membuat keputusan yang betul. Dan saya fikir kami mempunyai ramai pemain-pemain muda yang bagus pada ketika ini. Pengurus tidak mempunyai perancangan untuk menandatangani pemain dari luar.”

“Pengurus hanya mahukan pemain yang terbaik untuk Arsenal FC. Jika dia mengatakan untuk membawa seseoran pemain, saya pasti dia kan berusaha untuk menandatanganinya.”

“Jelasnya, dia merasakan (menadatangani pemain British) adalah lebih baik berbanding pilihan pemain yang lain. Ini memberi kebaikan kepada kami.”

“Pada pandangan saya, saya rasa teras pemain Inggeris sangat bagus. Kami merupakan kelab Inggeris dengan pemain-pemain Inggeris dan skuad England,” kata Jenkinson lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply