[PERSPEKTIF] SUKAR UNTUK MERAIH SLOT LIGA JUARA-JUARA EROPAH – ARTETA

Mikel-Arteta-Arsenal-celebration-2012Mikel Arteta percaya Arsenal berdepan kesukaran untuk melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah tetapi yakin Arsenal mampu mengulangi pencapaian musim lalu untuk menempatkan diri dalam kelompok 4 pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris. Pemain kelahiran Sepanyol itu memimpin The Gunners meraih 3 mata dengan penuh kesukaran menewaskan Sunderland di Stadium of Light hujung minggu lalu.

Skuad bimbingan Arsene Wenger kini berada di kedudukan kelima liga ketinggalan 4 mata di belakang Tottenham Hotspurs yang berada di kedudukan keempat dengan berbaki 12 perlawanan termasuk kunjungan ke White Hart Lane awal Mac nanti. Arsenal kini berdepan kemungkinan gagal melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama sejak 16 musim yang lalu.

“Saya rasa 10 musim yang lalu tidak sesukar untuk merebut slot 4 pasukan terbaik berbanding sekarang,” kata Mikel Arteta.

“Ketika ini terdapat 6 atau 7 pasukan yang mampu merebutnya dan ini yang saya katakana terdapat peningkatan dalam bola sepak Inggeris.”

“Bagi saya, tiada liga lain di Eropah yang mempunyai 5 dan 6 pasukan terbaik di England. Setiap gelanggang sangat sukar seperti Sunderland, Stoke.”

Arsenal-goal-celebration-vs-Manchester-City-Sept-2012“Tetapi melayakan diri (Liga Juara-Juara Eropah) sangat penting bagi kami. Kami tidak mahu tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah kerana di sini memiliki persaingan terbaik.”

“Bulan ini  di mana segalanya tampak akan menentukan baik atau buruk untuk penghujung musim nanti. Tetapi kami semakin OK dan kini kami memiliki pemain yang berada di kemuncak prestasi.”

“Spurs merupakan perlawanan derby yang utama. Di sini merupakan tempat yang bakal menjadi penentu.”

“Tetapi kami percaya kami memiliki kualiti yang diperlukan di mana kami berhak untuk meneruskan dan kami akan terus bersaing sehingga ke penghujung saingan,” kata Arteta lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply