[PERSPEKTIF] SKUAD ARSENAL KINI KURANG KEYAKINAN DIRI – VIEIRA

Patrick-Vieira-Arsenal-FA-Cup-2005Patrick Vieira merasa barisan pemain-pemain Arsenal kurang keyakinan diri sekaligus gagal untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak tujuh musim yang lalu. Lagenda Arsenal itu merupakan kapten pasukan terakhir yang menjulang kejuaraan Piala FA pada 2005. Skuad bimbingan Arsene Wenger kini diambang penyingkiran dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini selepas tewas 1-3 kepada Bayern Munich di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Terdahulu, Arsenal disingkirkan oleh Bradford dan Blackburn Rovers dalam saingan Piala Capital One dan Piala FA selain turut ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu liga, Man United. Patrick Vieira telah melakukan 406 kemunculan dengan membantu menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 Piala FA dan 4 Perisai Komuniti sepanjang 9 musim bersama The Gunners. Bekas pemain berusia 36 tahun ini menegaskan Arsenal perlu meningkatkan konsistensi jika mahu meraih kejuaraan.

“Dengan Arsenal kini, (prestasi) sentiasa turun naik. Pada harinya, mereka (Arsenal) boleh menewaskan pasukan terbaik di dunia,” kata Patrick Vieira.

“Tetapi mereka kurang konsisten untuk meraih kejuaraan. Anda boleh lihat kesebelasan utama mereka adalah pemain yang hebat tetapi mereka perlu lebih percaya kepada diri sendiri untuk mereka boleh memenangi sesuatu (kejuaraan).”

“Mungkin inilah sebab mengapa mereka gagal memanfaatkan potensi yang sedia ada,” kata Vieira lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply