[PERSPEKTIF] SAYA TIDAK TERFIKIR UNTUK BERUNDUR – WENGER

Arsenal's French manager Arsene Wenger wArsene Wenger menegaskan bahawa dia menyayangi kelab dan mahu meneruskan usaha untuk menjulang kejuaraan meskipun dihimpit tekanan ekoran kekalahan kepada Blackburn Rovers dan Bayern Munich. Pengurus berbangsa Perancis itu menegaskan dirinya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Arsenal meskipun mendapat desakan daripada sebilangan penyokong-penyokong. Arsene Wenger mengakui dia gembira dengan kehidupan di London dan turut mendapat sokongan padu daripada lembaga pengarah Arsenal.

“Tidak, tidak walaupun sesaat,” kata Wenger ketika ditanya sama dia akan berundur selaku pengurus Arsenal.

“Kecintaan saya pada permainan dan kecintaan saya untuk memenangi di mana kami sedang berusaha.”

Arsene-Wenger-local-player-more-loyalArsenal kini memerlukan 3 gol tanpa bolos dalam aksi kedua di Munich nanti jika berhasrat untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah namun pengurus berusia 63 tahun mengakui reaksi spontan ekoran kekalahan kepada Bayern Munich tempoh hari sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan para pemain-pemain The Gunners. Arsene Wenger  mahu pemain-pemain fokus untuk perlawanan liga menentang Aston Villa.

“Tiada kemungkinan di mana kelab akan melakukan perubahan setiap kali kekalahan,” kata Wenger lagi.

“Saya rasa kami kekurangan kepercayaan dan keyakinan diri. Kami tidak mempunyai masalah kualiti pemain tetapi kurang keyakinan diri.”

“Kami berada di sini untuk memenangi perlawanan di mana kami tidak mahu memberikan kekecewaan besar.”

arsenal-ramsey-walcott-giroud“Kami berada di dalam dunia yang penuh dengan emosi. Kami harus meletakan sesuatu ke dalam perspektif dan kekal teguh. Kami harus bersatu dan bukannya menjadi tidak stabil oleh orang dengan memiliki pendapat yang kuat.”

“Kami harus mengatasinya untuk menghadapi perlawanan yang akan datang. Kami harus bersedia menghadapi perlawanan. Ia merupakan perlawanan menentang Aston Villa.”

“Sokongan (penyokong) menjadi sebahagian daripada kami terutama selepas perlawanan malam Selasa lalu. Kami harus meletakkan mereka di belakang kami.”

“Ini merupakan perlawanan penting bagi kami. Dan ini sangat penting kerana kami bermain di laman sendiri dan kembali ke kedudukan yang stabil,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply