[PERSPEKTIF] SAYA TIDAK AKAN KEMBALI KE ARSENAL – FABREGAS

Barcelona-creative-midfielder-Cesc-FabregasCesc Fabregas menamatkan spekulasi mengenai kepulangannya ke Arsenal dan pemain berusia 25 tahun itu berharap untuk menamatkan karier bersama Barcelona. Bekas kapten Arsenal itu kembali menyertai kelab remajanya itu pada musim panas 2011 namun dilaporkan memiliki klausa perpindahan semula ke Stadium Emirates. Walau bagaimanapun, Fabregas mengakui dirinya tidak mempunyai keinginan untuk kembali ke Arsenal.

“Kini, saya sudah kembali (ke Barcelona) dan saya mahu kekal jika saya mampu dan jika saya layak untuk selamanya,” kata Fabregas.

“Bagi saya, untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Barca yang menjadi impian terbaik saya selaku seorang pemain bola sepak.”

“Mengenai perlawanan menentang AC Milan ia merupakan perlawanan penting musim ini walaupun orang mengatakan bahawa AC Milan tidak sama seperti musim lalu tetapi ia masih merupakan cabaran hebat di stadium penuh kesukaran,” kata Fabregas lagi.

Cesc Fabregas meninggalkan Arsenal dan menandatangani kontrak jangka masa panjang untuk kembali ke Nou Camp dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta. Bintang antarabangsa Sepanyol memulakan karier awal bersama akademi La Masia sebelum menyertai Arsenal pada 11 September 2003 dan mencipta nama selaku pemain tengah yang digeruni dalam Liga Perdana Inggeris. Kini, Fabregas mahu fokus untuk memenangi kejuaraan bersama kelab Catalan itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply