[PERSPEKTIF] SAYA BANYAK BELAJAR DI ARSENAL – GIROUD

Arsenal v Newcastle United - Premier LeagueOlivier Giroud percaya dirinya telah mencapai pencapaian yang pesat sejak tiba di Arsenal pada musim panas lalu. Penyerang antarabangsa Perancis itu berjaya menikmati debut musim yang memberansangkan bersama The Gunners dengan membentuk gandingan mantap bersama Theo Walcott dan Lukas Podolski. Sambil mengalu-alukan perkembangan kariernya bersama Arsenal, penyerang berusia 26 tahun ini menegaskan masih banyak yang akan dilakukan olehnya.

“Itu semua mengikut perancangan tetapi saya yakin mampu melakukan yang lebih baik,” kata Giroud ketika ditemubual oleh Le Parisien.

“Saya mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki di mana ini bermakna saya menjadi lebih bercita-cita tinggi.”

“Saya mencapai kematangan dalam pemikiran saya. Saya juga telah banyak belajar khususnya untuk mencapai matlamat saya. Saya boleh mengawal bola dengan lebih banyak dan dapat membaca keadaan.”

“Saya sanya bertuah mempunyai jurulatih yang banyak bercakap dan berkongsi dengan saya. Baru-baru ini, kami telah menghasilkan video dan dia memberitahu saya bagaimana saya boleh mempertingkatkan (prestasi saya).”

“Selaku seorang penyerang, saya tidak meragui kemampuan saya – dalam karier walau saya hanya mempunyai masa yang singkat. Saya harus sentiasa positif dan saya sukakannya. Ini keperluan untuk beraksi di peringkat yang tertinggi.”

“Apabila mendapat peluang, anda harus mengambilnya. Apabila ia tidak mudah, anda perlu melihat ke hadapan dan mendesak diri anda. Itu adalah moto saya.”

Olivier-Giroud-first-goal-in-EPLMeskipun berdepan dengan kritikan daripada segelintir penyokong-penyokong pada aksi awal bersama Arsenal dan sering dibandingkan dengan bekas penyerang Arsenal, Robin van Persie yang menyertai Manchester United. Namun, Giroud berjaya bangkit membuktikan kemampuan dirinya dengan menjaringkan 14 gol dala 33 perlawanan berbanding dengan Robin van Persie yang hanya mencatatkan 10 gol dalam 41 perlawanan pada musim pertamanya bersama Arsenal.

“Saya tidak tahu sama ada penyerang berminat dengan nombor,” kata bekas penyerang Montpellier itu.

“Sejak menyertai Arsenal, saya meledakan 14 gol dan menghasilkan 11 assist.”

“Untuk musim pertama saya, itu lebih bagus daripada pemulaan yang dilakukan oleh Robin van Persie walaupun dia tiba di Arsenal ketika dia masih muda,” kata Giroud lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply