[PERSPEKTIF] REDKNAPP MAHU WILSHERE MENJADI SEPERTI INESTA

Jack-Wilshere-vs-Andres-IniestaLagenda Arsenal, Liam Brady dan bekas bintang Liverpool, Jamie Redknapp menilai gaya permainan Jack Wilshere mirip lagenda England, Paul Gascoigne. Bintang muda Arsenal memiliki corak permainan keras yang gemar melakukan terjahan-terjahan serta asakan terhadap pemain lawan sebaliknya Redknapp mahu Wilshere lebih mengutamakan teknik permainan seperti pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta.

“Apakah Wilshere adalah ‘Gascoigne Baru’? Saya mahu dia menjadi ‘Iniesta Baru’,” nukil Redknapp dalam Sportsmail.

“Gazza (Gascoigne) merupakan seorang pemain yang genius dan membuatkan kami tersenyum dengan aksinya yang memukau. Walau bagaimanapun, dia sering menyebabkan kecederaan serius di sebabkan terjahan-terjahan keras.”

“Perlawanan Sepanyol menentang Uruguay pada Rabu (lalu) di mana Iniesta cukup luar biasa. Bukan sahaja beraksi cemerlang dengan pergerakan yang hebat, tetapi juga memiliki kemampuan untuk merampas bola.”

“Itu sangat penting bagi seorang pemain bola sepak moden. Saya menyaksikan perlawanan tersebut dan melihat sesuatu yang hebat,” kata Redknapp lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply