[PERSPEKTIF] PERJUANGAN KAMI MASIH BELUM TAMAT – WILSHERE

Jack-Wilshere-vs-Bayern-MunichJack Wilshere enggan menerima kekalahan 1-3 Arsenal di tangan Bayern Munich dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati sebaliknya menegaskan bahawa The Gunners akan bangkit habis-habisan dalam aksi timbal balik di Allianz Arena nanti. Pemain tengah antarabangsa England ini berjaya menampilkan persembahan cemerlang namun gagal membantu Arsenal membawa bekalan selesa ke Munich nanti.

“Kami memerlukan sedikit rehat. Ia menjadi sedikit musim ini, saya tidak tahu mengapa,” kata Jack Wilshere selepas perlawanan semalam.

“Apabila kamu melepaskan gol, kamu akan dihukum. Kami melangkah masuk pada separuh masa kedua dan kami menunjukan kami mampu bermain.”

“Malangnya, kami tidak melakukannya pada separuh masa pertama. Kami mendapat satu peluang terbaik dari Giroud, ia berjaya diselamatkan.”

“Ia menjadi sukar di tempat lawan. Tetapi kami belum tersingkir lagi.”

Arsenal-vs-Bayern-Munich-19-Feb-2013Dalam masa yang sama, Jack Wilshere turut mempertahankan pengurus Arsenal ekoran kekalahan 1-3 kepada Bayern Munich dengan menegaskan bahawa pemain-pemain yang harus dipertanggunjawapkan. Kekalahan kepada The Bavarians menyaksikan Arsenal bakal mengharungi musim kelapan tanpa kejuaraan sejak kali terakhir pada tahun 2005. Hujung minggu lalu, Arsenal disingkirkan oleh Blackburn Rover dari saingan Piala FA.

“Saya tidak tahun mengapa, mungkin kami terlalu gugup atau tertekan kerana kami berjaya mempamerkan kemampuan sebenar kami. Kami harus belajar dan berusaha mengatasinya,” kata pemain 21 tahun itu.

“Ini tiada kaitan dengan pengurus. Dia yang menurunkan kami di atas padang dan segala-galanya terserah dengan persembahan kami,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

“Pemain-pemain harus menerima tanggunjawap ini. Kami harus berani menerimanya. Pengurus sudah berada di sini untuk 16 tahun dan dia sudah melakukan tugas yang cemerlang. Jadi, tiada apa yang perlu diragui lagi,” kata Wilshere lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply