[PERSPEKTIF] PENCAPAIAN CARZORLA INSPIRASI SAYA – MONREAL

Nacho-Monreal-Arsenal-ShirtNacho Monreal mengakui dirinya bakal menghadapi cabaran berbeza dalam saingan Liga Perdana Inggeris namun pemain bek kiri berusia 26 tahun itu melaungkan keyakinan dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Pertahanan antarabangsa Sepanyol itu melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari kelab La Liga, Malaga CF dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan sebelum jendela perpindahan ditutup semalam.

“Saya harap saya yakin (menyesuaikan diri),” kata Monreal kepada Arsenal Player.

“Liga Perdana Inggeris merupakan salah satu liga yang sukar dan semua orang mengetahuinya. Ia pastinya berbeza dengan corak permainan di Liga Sepanyol – ia memerlukan lebih fizikal.”

“Arsenal merupakan pasukan yang suka mengawalNacho-Monreal-Arsenal-Spaniard bola di mana ini akan memberi kelebihan kepada permainan saya.”

“Saya suka bermain dengan kawalan bola di kaki, hantaran pendek, sentuhan pantas dan pergerakan yang menarik.”

“Saya rasa Arsenal memiliki sebahagian daripada falsafah bola sepak Sepanyol. Semua orang tahu mereka memiliki pemain berkualiti dalam skuad mereka dan saya berharap dapat bermain dengan permainan bola sepak yang bagus.”

Monreal merupakan rakan sepasukan kepada pemain tengah Santi Cazorla ketika sama-sama beraksi bersama Malaga CF dan skuad kebangsaan Sepanyol. Pemain berketinggian 1.78m mengakui gembira dan teruja untuk memulakan aksi bersama Arsenal.

“Saya mahu berterima kasih kepada mereka (Malaga) atas segalanya dan melakukan yang terbaik bagi saya. Sekarang, episod baru saya bermula, saya kini sentiasa fokus untuk membantu Arsenal sebaik mungkin.”

“Saya gembira berada di sini. Saya mahu melihat ke hadapan untuk menyertai kelab yang hebat dan menjadi sebahagian daripada keluarga di sini.”

Santi-Cazorla-Nacho-Monreal-SpanishNacho Monreal menyatakan dirinya akan mengambil inspirasi daripada rakan sepasukannya, Santi Cazorla ketika memulakan karier bersama Arsenal pada musim panas lalu.

Terdahulu, Cazorla menyertai Arsenal dari Malaga CF pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £11.5 juta berjaya menyesuai diri dengan pantas dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris.

“Ya, saya telah bercakap dengan Santi. Kami telah berbual panjang mengenai banyak perkara,” kata Monreal lagi.

“Saya bertanyakan mengenai perkara yang berlaku di sini. Dia memberitahu saya bahawa Arsenal merupakan kelab yang besar, penyokong yang hebat dan ia merupakan satu keluarga besar. Dia hanya memberitahu perkara yang baik sahaja.”

“Saya pasti kami boleh mencapai kejayaan musim ini dan sentiasa memandang ke hadapan untuk menghadapi cabaran.”

“Ya, itu berlaku. Dia membantu saya di mana kami berkongsi bilik persalinan di Malaga. Segalanya berjalan lancar dan orang-orang di sini yang luar biasa dalam mengalu-alukan kehadiran saya.”

“Seperti apa yang berlaku kepada Santi, saya sangat tenang mengenai banyak perkara. Kami berkongsi bilik persalinan seseorang yang pernah bersama-sama saya merupakan sesuatu yang baik. Kini giliran saya dan tidak sabar untuk mengikut jejak langkahnya,” katanya lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply