[PERSPEKTIF] PEMAIN ARSENAL HARUS DIPERSALAHKAN – KEOWN

Martin-Keown-punditsLegenda Arsenal, Martin Keown mempertahankan Arsene Wenger ekoran kekalahan mengejut 0-1 kepada Blackburn Rovers di Stadium Emirates sekaligus tersingkir dari saingan Piala FA musim ini. Sebaliknya, bekas pertahanan Arsenal itu meletakkan kesalahan kepada pemain-pemain The Gunners yang gagal untuk beraksi di tahap terbaik dalam perlawanan semalam meskipun ramai pihak yang menyalahkan pengurus Arsenal itu.

“Arsene Wenger sentiasa percaya kepada setiap pemain dalam skuadnya,” kata Martin Keown kepada Sky Sports.

“Tetapi pemain-pemainnya tidak cukup beraksi dengan pantas dalam perlawanan (semalam) – mentaliti itu yang harus diubah dan menjadikannya realiti. Perlawanan berjalan pantas dan merekan gagal mendapatkan gol dengan melepaskan banyak peluang.”

“Namun, (Arsenal) kurang kejam dalam mencari penyelesaian. Pemain Blackburn dibiarkan bergerak bebas dan akhirnya mereka berjaya menjaringkan gol. Itulah yang terjadi dalam bola sepak.”

“Dia (Wenger) ada mengatakan jika pemain-ntidak cukup bagus, dia akan melakukan perubahan,” kata bekas pertahanan Arsenal itu lagi.

The Gunners bakal menanti kunjungan Bayern Munich dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Emirates awal pagi Rabu ini yang merupakan peluang terakhir untuk meraih kejuaraan. Namun, skuad bimbingan Arsene Wenger dilihat bakal menghadapi perlawanan penuh ranjau lantaran The Bavarians kini berada di prestasi terbaik apabila selesa mendahului Bundesliga dengan 15 mata di hadapan pencabar terdekat, Borrusia Dortmund.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply