[PERSPEKTIF] NEUER MAHU LEBIH CABARAN DARIPADA ARSENAL

Bayern-Manuel-Neuer-four-fingers-gloveManuel Neuer mengakui dirinya tidak sabar untuk turun beraksi menentang Arsenal di Stadium Emirates awal pagi nanti. Penjaga gol Bayern Munich itu tidak sabar untuk berdepan dengan jentera serangan Arsenal selepas gagal mendapat cabaran dalam saingan Bundesliga. Penjaga gol antarabangsa Jerman berusia 27 tahun itu hanya dibolosi tujuh gol dalam 22 perlawanan Bundesliga setakat ini. Malah, Manuel Neuer masih belum dibolosi bagi saingan tahun 2013.

“Kadang-kadang saya boleh katakan sangat bosan berada di gawang gol,” kata Manuel Neuer.

“Rahsianya iala kami bertahan dengan baik sebagai satu pasukan. Kami berjaya menutup ruang sebagaimana yang anda saksikan di kami hanya melepaskan hanya 7 gol dalam Bundesliga musim ini.”

Jupp-Henyckes-press-conferencesManuel Neuer bakal memakai memakai sarung tangan 4 jari yang direka khas oleh Adidas selepas mengalami sedikit kecederaan semasa sesi latihan. Sarung tangan itu direka lebih cengkaman ke atas bola. Sementara itu, pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes mengakui prestasi pasukannya semakin meningkat dan lebih baik berbanding musim lalu.

“Kami semakin meningkat pada musim ini. Kami bertahan lebih baik dan bertukar-tukar corak permainan,” kata Jupp Heynckes.

“Perkara yang saya mahukan adalah setiap pemain sentiasa berwaspada di mana ketika mereka bertahan dan menyerang.”

“Setiap pemain harus melakukannya. Mereka semua bertahan dan menyerang bersama-sama.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply