[PERSPEKTIF] KEMENANGAN CHELSEA INSPIRASI KAMI – WILSHERE

Jack-Wilshere-after-defeat-to-BlackburnJack Wilshere mengatakan bahawa kejayaan Chelsea menjulang Liga Juara-Juara Eropah musim lalu boleh menjadi inspirasi Arsenal menjelang pertemuan menentang Bayern Munich awal pagi esok. Dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, kelab barat London itu berjaya menewaskan skuad bimbingan Jupp Heynckes dalam penentuan sepakan penalti musim lalu di Allianz Arena. Jack Wilshere berharap Arsenal mampu mengulangi kejayaan Chelsea menewaskan kelab gergasi Jerman itu.

“Saya rasa ini (kejayaan Chelsea) menjadi inspirasi kepada semua orang,” kata Wilshere menerusi Arsenal.com.

“Mereka (Chelsea) tidak mempunyai musim yang baik dan mereka mendapat nasib yang baik dalam beberapa perlawanan selain mereka menunjukkan watak yang hebat.”

“Kami harus melakukannya sekarang. Kami perlu hadir bersama sebagai satu pasukan. Kami mempunyai pemimpin yang baik di sini. Kami mempunyai persekitaran yang baik di sini dan saya rasa ini akan membantu kami.”

Dalam perlawanan hujung minggu lalu, Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 0-1 oleh Blackburn Rovers di Stadium Emirates sekaligus tersingkir dari saingan Piala FA musim ini. Namun, Jack Wilshere berharap rakan-rakan sepasukan dapat bangkit dan mengubat kekecewaan dengan persembahan positif menentang Bayern Munich nanti.

arsenal-player-celebration“Ini bukan sesuatu yang sesuai untuk perlawanan ini selepas kekalahan (kepada Blackburn) tetapi kami harus menunjukkan watak sebenar kami sekarang,”” kata pemain berusia 21 tahun itu.

“Kami telah melakukannya sebelum ini jadi kami tahu kami mampu melakukannya. Kami telah menewaskan kelab gergasi Eropah di sini jadi kami perlu melakukan sekali lagi.”

“Kami perlu menunjukkan pertahanan yang baik dan kami perlu menyerang mereka dengan baik. Mereka juga memiliki rangkaian pertahanan yang baik jadi ini akan menjadi perlawanan menarik di mana kami sedia memandang ke hadapan.”

“Kami memiliki beberapa pemain yang bagus di bilik persalinan. Mereka seperti seorang juara. Kami mempunyai pemain seperti Podolski dan Arteta. Pemain ini seperti juara – mereka sentiasa mahu menang.”

“Penyokong di sini sangat hebat terutama di Eropah. Saya rasa mereka menyukai saingan Liga Juara-Juara Eropah dan kami memerlukan mereka (penyokong-penyokong) di belakang kami,” kata Wilshere lagi.Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply