[PERSPEKTIF] KEKALAHAN KEPADA BLACKBURN MENYAKITKAN

Arsene-Wenger-defeat-on-Blackburn-RoversArsene Wenger mengakui kekalahan 0-1 kepada Blackburn Rovers kelmarin cukup pahit untuk ditelan oleh pemain-pemain serta penyokong-penyokong Arsenal. Jaringan tunggal Collin Kazim-Richards pada minit ke-72 berjaya menyingkirkan The Gunners dari saingan Piala FA sekaligus bakal melebarkan kemarau kejuaraan Arsenal untuk musim ke-8 dengan hanya Liga Juara-Juara Eropah menjadi sasaran terakhir.

The Gunners bakal berdepan cabaran sukar dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah apabila diundi menentang Bayern Munich. Namun, Arsene Wenger mahu pemain-pemain melupakan kekalahan kepada Blackburn sebaliknya fokus untuk pertemuan menentang The Bavarians awal pagi Rabu ini.

“Ia sangat menyakitkan dan mengecewakan apabila tewas dalam perlawanan seperti itu. Apa yang penting kini untuk fokus kepada perlawanan akan datang,” kata Arsene Wenger.

“Kami tidak cukup bagus untuk memenangi perlawanan hari ini (kelmarin). Buakan satu kekalahan yang boleh diterima.”

“Saya berada di sini ditugaskan untuk memenangi setiap perlawanan. Musim ini belum berakhir. Mungkin bagi anda, tidak bagi saya.”

“Jika kami memohon maaf kerana kita bebar-benar melakukan sesuatu yang salah. Kami bakal menghadapi perlawanan penting pada malam Selasa ini dan kami akan menunjukan beberapa tindakbalasa dalam pasukan.”

Arsenal-dissapointed-performance-2012“Saya tidak tidak melihat bagai mana kami boleh tewas kerana kami menguasai bola dan mereka hanya melakukan satu percubaan tepat tetapi mereka telah bertahan dengan baik.”

“Kami telah dihukum oleh kekalahan kerana kesilapan yang berlaku di bahagian pertahanan yang kami lakukan,” kata Wenger lagi.

Pengurus Arsenal itu turut berdepat kritikan hebat selepas merehatkan beberapa tonggak termasuk Jack Wilshere, Theo Walcott, Santi Cazorla, Bacary Sagna, Per Mertesacker dan Lukas Podolski sebagai pesediaan menghadapi perlawanan menentang Bayern Munich. Wenger juga menegaskan bahawa dia tidak terkejut apabila di’boo’ oleh penyokong sendiri ekoran kekalah tersebut.

“Apa yang kamu fikirkan orang akan bertepuk tnagan apabila kamu kalah dalam perlawanan,” kata pengurus berbangsa Perancis itu.

“Ia sesuatu yang normal. Kami telah melakukan kesilapan untuk gol itu.”

“Saya tidak mahu berbicara panjang mengenai perkara ini,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply