[PERSPEKTIF] KEANGKUHAN WENGER PUNCA KEKALAHAN – WRIGHT

Ian-Wright-Arsenal-strikerLagenda Arsenal, Ian Wright mempersalahkan keangkuhan Arsene Wenger ekoran kekalahan mengejut kepada Blackburn Rovers dalam saingan Piala FA semalam. Pengurus berbangsa Perancis itu melakukan 7 pertukaran dengan merehatkan beberapa pemain utama sebagai persediaan menghadapi aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich awal pagi Rabu depan. Jaringan Kazim-Richards pada minit ke-72 berjaya membawa Rovers mara ke suku akhir Piala FA 2012/13.

Kekalahan tersebut bakal menyaksikan The Gunners bakal menamatkan musim ke-8 tanpa kejuaraan sejak kali terakhir pada 2005 sekaligus mengundang pelbagai kritikan dan cemuhan daripada penyokong-penyokong Arsenal. Penulis SunSport, Wright membidas tindakan pengurus Arsenal yang dilihat tidak serius dalam memburu kejuaraan serta sekadar mensasarkan untuk menduduki kedudukan keempat dalam liga.

“Anda perlu menyalahkan pengurus (Wenger) kerana keangkuhannya yang tidak cukup bersedia untuk bersaing dalam kejuaraan,” kata Ian Wright kepada The Sun.

“Hakikatnya, apabila anda mendapat pengurus yang hanya berbicara mengenai kedudukan keempat sebagai keutamaan, jadi mengapa pemain-pemain tidak berusaha untuk melakukan yang lebih lagi (untuk meraih kejuaraan).”

“Pengurus telah menjelaskan bahawa Piala FA merupakan sesuatu yang istimewa untuk diraih tetapi dia kehilangan Piala FA dalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dimenangi – ia seharusnya menjadi hari yang hebat buat peminat,” kata bekas penyerang Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply