[PERSPEKTIF] JACK WILSHERE PUJI KELIBAT GERRARD, CLEVERLEY

Jack-Wilshere-England-vs-BrasilBintang muda Arsenal, Jack Wilshere mengakui prestasinya semakin meningkat namun masih belum berpus hati dan bersedia untuk melakukan yang lebih baik. Pemain berusia 21 tahun ini kembali dari rehat yang panjang selama lebih 15 bulan selepas mengalami kecederaan lutut dan buku lali. Wilshere menjadi pilihan utama mengisi jentera tengah Arsenal dengan beraksi 21 kali dengan menjaringkan 2 gol dan menghasilkan 5 assist sejak Oktober tahun lalu.

Anak kelahiran Stevenage, England turut kembali ke dalam skuad bimbingan Roy Hodgson dengan beraksi 4 kali sejak pulih dari kecederaan panjang. Paling mencuri tumpuan ketika aksi perlawanan persahabatan antarabangsa pada Rabu lalu dengan menjadi nadi kemenangan 2-1 England ke atas Brazil. Jack Wilshere telah dipilih selaku ‘Vauxhall Man of the Match’ selepas perlawanan tersebut selepas cemerlang menguasai jentera tengah The Three Lions.

“Saya merasakan persembahan saya semakin baik. Saya tidak pernah berasa gembira seperti sekarang. Saya akan terus mencuba untuk meningkatkan (prestasi),” kata Wilshere kepada Sky Sports.

“Saya sentiasa berkerja keras semasa sesi latihan setiap hari dan saya harus mengekalkan prestasi saya bersama kelab. Dan saya berharap akan dipanggil menyertai skuad kebangsaan dan beraksi baik di sana.”

Di sebalik pujian yang diterima ekoran aksi cemerlangnya dalam perlawanan menentang Brazil pada Rabu lalu, Wilshere turut melontarkan pujian kepada kapten England, Steven Gerrard dan bintang muda Manchester United, Tom Cleverley. Pemain berusia 21 tahun mengakui kehadiran Gerrard menjadi tugasnya menjadi ringan sementara Cleverley memberikan keseimbangan kepada barisan tengah skuad kebangsaan England.

“Stevie (Gerrard) sentiasa terus memberikan arahan kepada saya sepanjang perlawanan sehing kami saling melengkapi. Begitu juga dengan Cleverley, kami memiliki gandingan di barisan tengah yang sangat bagus.”

Meskipun diletakkan harapan tinggi oleh penyokong-penyokong England, namun Wilshere turut menegaskan dirinya seorang sahaja tidak mampu membantu England menjuarai kejohanan besar itu. Pemain berusia 21 tahun itu mengakui pemain seperti Steven Gerrard dan Frank Lampard turut memainkan peranan penting dalam The Three Lions di samping bakat-bakat muda yang bakal menjadi faktor penentu dalam meraih kejayaan di pentas tertinggi.

“Saya tidak merasakan bahawa saya satu-satunya pemain yang mampu mebantu menjulang Piala Dunia. Anda boleh lihat, ramai pemain-pemain hebat di sekeliling saya,” kata Wilshere lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply