[PERSPEKTIF] JACK WILSHERE BAKAL PENGANTI FABREGAS – WENGER

Cesc+Fabregas+and-Jack+WilshereArsene Wenger mengakui Jack Wilshere memiliki kualiti yang sama seperti bekas kapten The Gunners, Cesc Fabregas yang meninggalkan Stadium Emirates untuk menyertai kelab remajanya, Barcelona pada 15 Ogos 2011. Meskipun baru kembali pada Oktober lalu selepas disisihkan lebih 15 bulan kerana kecederaan lutut dan buku lali namun pemain muda Arsenal berusia 21 tahun berjaya kembali ke prestasi sebenarnya.

“Ya. Dia semakin menunjukan peningkatan fizikal dan berada di prstasi terbaik,” jawab Wenger kepada Sky Sports mengenai persamaan antara Cesc dan Wilshere.

“Dia merupakan pemain tengah yang sempurna – dia boleh bertahan dan menyerang dengan baik. Situasi ini akan memberikan kami lebih keyakinan.”

Jack Wilshere beraksi sebanyak 18 kali dan 3 kali sebagai pemain gantian sejak Oktober lalu dengan berjaya menjaringkan 2 gol serta menghasilkan 5 assist. Pemain berusia 21 tahun turut beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan England. Namun, Wenger sedikit bimbang dengan tekanan serta aksi perlawanan yang padat akan menjejaskan prestasi Wilshere serta mengundang masalah kecederaan yang boleh menganggu kariernya.

Jack-Wilshere-injured-vs-Sunderland“Ini bukan sahaja dari aspek fizikal dalam permainan tetapi juga dari segi mental. Kami sepatutnya boleh mengatasi masalah fizikal dengan baik tetapi juga tekanan yang dialami oleh pemain agar tidak terlalu stress,” kata Wenger kepada Soccernet.

“Saya berharap Jack (Wilshere) hanya beraksi pada separuh masa dalam perlawanan Rabu lalu tetapi itu tidak berlaku. Kerana kualiti yang dimilikinya, dia mungkin terdedah kepada masalah (kecederaan) tetapi kami harus menghadapinya seperti pemain lain juga.”

“Saya pasti anda tidak meletakan batasan dalam perkembangan setiap pemain ketika dia (Wilshere) masih berusia 21 tahun. Hal ini sangat penting untuk semangatnya untuk bermain dan menjaga tingkahlakunya supaya menjadi pemain yang baik.”

“Jika dia mampu mengekalkan 3 kualiti ini, dia boleh menjadi seorang pemain yang hebat.”

“Marilah kita berdoa agar dia tidak menghadapi masalah dengan kecederaanya dan boleh mengatasi msalah yang lain. Dia sangat menyukai bola sepak, dia sentiasa ingin berkembang dan ini bagus untuk skuad kebangsaan England,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply