[PERSPEKTIF] IMPIAN THEO WALCOTT BERSAMA THE THREE LIONS

theo-walcott-arsenal-free-kickTheo Walcott mengakui prestasi dirinya semakin meningkat dengan berjaya menampilkan aksi yang cemerlang bersama Arsenal musim ini. Pemain berusia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan Arsenal pada Januari lalu sekaligus menamatkan spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates. Walcott turut menyatakan impiannya untuk beraksi di posisi penyerang bersama skuad kebangsaan England.

Musim ini, Walcott beberapa kali diberi peranan selaku center foward bersama Arsenal sekaligus menyaksikan pemain kelahiran Stanmore, England itu berjaya menjaringkan 18 gol daripada 29 penampilan musim ini dalam semua kejohanan. Meskipun baru diberi peranan selaku penyerang, namun Walcott sudah mempamerkan kematangan dan sentuhan penyudah yang berkesan.

“Menjadi impian beraksi di barisan hadapan dalam England tetapi pengurus yang akan membuat keputusan,” kata Theo Walcott yang dipanggil menyertai skuad England menentang Brazil Rabu ini.

“Ia bakal menjadi pilihan pengurus yang mungkin pernah melihat aksi saya bersama Arsenal. Sesuatu yang jelas berbeza daripada sebelum ini.”

“Saya suka bermain di hadapan (penyerang), saya bebas bergerak di mana sahaja. Bukan itu sahaja, saya boleh mencipta lebih banyak ruang untuk pemain lain dan merobek pertahanan lawan dengan kepantasan saya.”

“Kini, saya harus banyak belajar dari aspek yang lain sebaik mungkin apabila semua tidak berjalan lancar,” kata Walcott lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply