[PERSPEKTIF] HENRY SEDIH DENGAN KRITIKAN KE ATAS WENGER

Thierry-Henry-with Arsene-Wenger-2006Kepulangan ke Arsenal merupakan salah satu impian Thierry Henry sejak meninggalkan Arsenal pada 25 Jun 2007 untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Bekas penyerang prolifik The Gunners itu  kini beraksi bersama kelab MLS, New York Red Bulls sejak Julai 2010. Penyerang lagenda tidak menolak kemungkinan untuk kembali sebagai pemain atau jurulati atau sebarang posisi meskipun sekadar menjadi penonton.

“Di sini hati saya tertambat, mereka (Arsenal) merupakan pasukan yang saya sokong,” kata Thierry Henry.

“Jika saya kembali ke kelab ini, saya sangat gembira sangat untuk melakukannya walaupun keputusan itu bukan di tangan saya.”

“Itu semua tidak lebih daripada sebuah keinginan yang tidak dapat dipastikan secara rasminya. Saya masih memiliki baki kontrak selama 2 tahun bersama Red Bulls dan selepas kita akan melihat nanti. Tetapi saya sangat gembira jika dapat kembali ke Arsenal.”

arsene-wenger-thierry-henry-2012Di sebalik prestasi yang tidak menentu melanda The Gunners menyaksikan pengurus Arsenal, Arsene Wenger berdepan dengan kritikan demi kritikan sejak beberapa musim kebelakangan ini. Namun, Thierry Henry mengakui sedih dengan kritikan yang diterima oleh Wenger dan menegaskan bahawa pengurus berusia 63 tahun itu merupakan calon terbaik untuk terus membimbing Arsenal.

“Ketika anda tidak menang, orang akan mempersoalkan mengenai kualiti kerja anda, apa yang anda sudah lakukan dan apa yang anda sudah berikan sebelum ini,” kata penyerang lagenda Perancis itu.

“Bagi saya, itu tidak mudah dilihat dan didengar tetapi untuk saya dia merupakan pengurus terbaik Arsenal.”

“Dia sentiasa hebat di mata saya dan saya tahu apa yang dia telah lakukan kepada kelab ini,” kata Henry lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply