[PERSPEKTIF] CAZORLA PEMAIN YANG SEMPURNA – MERTESACKER

santi-cazorla-jack-wilsherePer Mertesacker mengalu-alukan kualiti yang dimiliki oleh Santi Cazorla yang disifatkan sebagai pemain yang sempurna selepas cemerlang membantu Arsenal menewaskan Aston Villa hujung minggu lalu. Pemain antarabangsa Sepanyol itu mebuka tirai jaringan seawal minit ke-5 sebelum pemain tengah Aston Villa, Andreas Weimann menyamakan kedudukan pada minit ke-68. Santi Cazorla akhirnya berjaya meledak gol kemenangan The Gunners lima minit sebelum perlawanan tamat.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Arsenal pada Ogos 2012 dengan yuran perpindahan yang dianggarkan bernilai £11.5 juta dari Malaga CF. Santi Cazorla telah menjaringkan 11 gol dan menghasilkan 6 assist dalam 33 perlawanan. Per Mertesacker mengakui kualiti yang dimiliki oleh Cazorla sangat diperlukan dalam usaha Arsenal meraih sekurang-kurangnya kedudukan ke-4 terbaik dalam liga musim ini.

“Anda boleh melihat dia mengambil peluang dengan teknik dan perasaannya,” kata pemain antarabangsa Jerman itu.

“Dia (Cazorla) merupakan pemain yang cukup sempurna. Dia memiliki kemahiran untuk menjaringkan gol dan itu yang kami perlukan selepas dua kekalahan di laman sendiri.”

“Terdapat sedikit tekanan tetapi kami berada di landasan terbaik dalam liga jadi (kami) hanya perlu fokus untuk menghadapinya. Itu sangat penting (keputusan).”

Santi+Cazorla+Mikel+ArtetaRakan senegara Cazorla, Mikel Arteta mengakui bekas pemain tengah Malaga CF itu semakin menyerlah dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 30 tahun itu mengakui Cazorla semakin menyerlah sejak beraksi di posisi sayap kiri dalam beberapa perlawanan lalu dengan menjaringkan tiga gol daripada dua perlawanan Liga Perdana Inggeris.

“Saya rasa dia (Cazorla) semakin cemerlang. Dia bemain hampir setiap perlawanan dan itu merupakan sebab utama,” kata Mikel Arteta menerusi Arsenal.com.

“Cara dia bermain, dia mengambil banyak sentuhan dan bermain dalam perlawanan yang memerlukan fizikal dengan baik. Untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana pada tahun pertama dan dia berjaya melakukannya. Saya rasa kita harus memberi tepukan kepadanya. Dia layak menerimanya.”

Santi+Cazorla+first+debut+vs+Sunderland“Dia kelihatan sangat selesa apabila beraksi di bahagian kiri. Dia mendapat lebih kebebasan dan dia memberi masalah kepada pasukan lain kerana kami menggunakan pemain tambahan di bahagian tengah.”

“Saya rasa dia seorang pemain yang boleh melakukan perubahan (dalam perlawanan) dengan keupayaanya. Saya rasa Jack merupakan seorang lagi pemain sepertinya di mana boleh memberikan sesuatu dalam perlawanan yang sukar.”

“Saya rasa Cazorla memerlukan beberapa gol lagi seperti itu. Dia membantu pasukan mendapatkan mata (menentang Aston Villa).”

“Dia sangat cemerlang – keseluruhan permainannya sangat baik Dia banyak melibatkan diri dalam banyak situasi di atas padang dan dia merupakan pemain terbaik,” kata Arteta lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply