[PERSPEKTIF] GOL CAZORLA KUNCI KEMENANGAN KE ATAS VILLA

santi cazorla-goal-aston-villa-2013Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui bahawa Santi Cazorla dan penyokong-penyokong Arsenal memainkan peranan penting ketika Arsenal menewaskan Aston Villa 2-1 di Stadium Emirates hujung minggu lalu. Kemenangan itu kembali meletakkan Arsenal dilandasan terbaik untuk sekurang-kurangnya meraih kedudukan keempat terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini.

Santi Cazorla membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 perlawanan namun The Gunners gagal menambah gol sehingga tamat separuh masa pertama. Dalam keghairahan Arsenal menambah gol, berpunca dari satu serangan balas pantas menyaksikan rembatan Andreas Weimann pada minit ke-68 gagal ditampan oleh Wojciech Szczesny. Namun, jaringan Cazorla pada minit ke-85 berjaya memberikan skuad bimbingan Arsene Wenger 3 mata berharga bagi terus merapatkan jurang dengan Chelsea dan Tottenham Hotspurs.

Le Prof nyata berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya. Jaringan Cazorla serta sorakan padu daripada penyokong-penyokong Arsenal berjaya menaikan semangat para pemain-pemain untuk terus berjuang hingga ke wisel penamat.

“Jaringan itu sangat penting. Penyokong-penyokong kami sangat hebat,” kata Wenger.

“Penyokong kami merupakan mereka yang bijak dan memahami bahawa kami sedang berusaha dalam persaingan untuk menduduki kedudukan sebaik mungkin. Dan kami memerlukan sokongan mereka.”

“Bukan isu seberapa besar kekecewaan selepas pertemuan menentang Bayern Munich, yang paling penting kami lebih kukuh untuk mendapatkan mata dan menang.”

“Bukan masalah seberapa kecewanya anda usai laga kontra Bayern Munich, yang lebih penting adalah untuk tetap solid, mendapatkan poin dan menang.”

Arsene-Wenger-local-player-more-loyalPemain antarabangsa Sepanyol itu mendapat pujian daripada pengurus Arsenal itu selepas mempamerkan aksi mantap sejak menyertai The Gunners pada Ogos tahun lalu. Arsene Wenger kagum dengan kerja keras yang dipamerkan oleh pemain berusia 28 tahun itu dan mengakui bahawa Cazorla bakal menjaringan lebih banyak gol lagi bersama Arsenal selepas ini. Sehingga kini, bekas pemain Malaga itu telah menjaringkan 11 gol dan 6 assist dalam 27 perlawanan setakat ini.

“Saya tidak menjangka dia akan menjaringkan banyak gol. Kerana masih ada 11 perlawanan liga lagi, dia bakal menjaringkan lebih banyak gol lagi,” kata Wenger.

“Dia (Cazorla) merupakan seoran pemain yang sempurna kerana dia memiliki semangat yang laur biasa. Dia akan terus berjuang hingga ke minit-minit akhir perlawanan walau ketika dia sudah letih.”

“Dia merupakan pemain-pemain yang ideal kerana setiap hari dia sangat gembira bermain dan berlatih. Ketika berada di atas padang, dia akan memberikan yang terbaik kepada anda semua,” kata pengurus berbangsa Perancis itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply