[PERSPEKTIF] ARSENAL LEBIH BAIK TANPA VAN PERSIE – SAGNA

Bacary-Sagna-Robin-van-persieBacary Sagna mengakui skuad Arsenal musim ini mempunyai lebih kepelbagaian di bahagian serangan selepas pemergian bekas penyerang prolifik, Robin van Persie. Musim lalu, Arsenal dilihat terlalu bergantung dengan penyerang kelahiran Belanda yang telah menjaringkan 37 gol daripada 48 perlawanan. Robin van Persie meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan bernilai £24 juta pada 15 Ogos 2012.

Pemergian penyerang berusia 29 tahun menyaksikan Arsenal membawa masuk dua penyerang berpengalaman, Lukas Podolski dan Olivier Giroud bagi mengukuhkan jentera serangan The Gunners. Bacary Sagna turut mengakui pemergian Robin van Persie menyebabkan Arsenal lebih berkembang dan memberi kekuatan untuk menjaringkan lebih banyak gol.

“Kami (Arsenal) terlalu banyak bergantung kepada Robin (van Persie) tahun lalu,” kata Sagna kepada The Sun.

“Dia (van Persie) berada di prestasi terbaik, dia telah menjaringkan gol setiap perlawanan dan dia merupakan penyerang utama kami.”

“Kini, kami memiliki kepelbagaian. Semua pemain boleh menjaringkan gol dan sangat berbahaya. Ini sangat bagus bagi pasukan kami.”

“Saya rasa mereka sentiasa berada di sini dan mereka boleh menjaringkan gol yang banyak. Semua pemain semakin yakin.”

olivier-giroud-with-koscielny-and-walcottDalam masa yang sama, Sagna turut memuji aksi memberansangkan yang dipamerkan oleh rakan senegaranya, Olivier Giroud yang berjaya menjaringkan 14 gol serta menghasilkan 10 assist dalam 34 perlawanan setakat ini. Bek kiri Perancis itu memuji Giroud yang berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris sejak berpindah dari Montpellier pada musim panas lalu.

“Dia (Giroud) sangat berbeza. Fizikalnya sangat kuat dan dia memiliki gaya permainan yang berbeza,” kata bek kiri berusia 29 tahun itu.

“Kami bermain dengan Robin yang memiliki kemahiran tinggi dan sebelum itu dengan Adebayor di mana memiliki fizikal yang tinggi tetapi kurus. Giroud sememangnya seorang yang berbeza dan kami dapat beraksi dengan berbeza.”

Nacho-Monreal-vs-SunderlandBacary Sagna turut tertarik dengan Nacho Monreal yang cepat menyesuaikan diri dengan corak pemainan bola sepak Inggeris. Bek kiri antarabangsa Sepanyol itu tiba di Stadium Emirates pada hujung Januari lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £8.5 juta dan telah beraksi cemerlang dalam 2 perlawanan ketika menentang Stoke City dan Sunderland.

“Saya tidak banyak tahu mengenainya (sebelum menyertai Arsenal). Dia seorang yang bagus dan telah beraksi hebat dalam debutnya.”

“Ianya tidak mudah kerana dia cuma berlatih sekali bersama kami. Saya tidak mungkin melakukan sepertinya tetapi dia telah melakukan dengan baik.”

“Perlawanan itu cukup sukar dengan banyak asakan fizikal dan cabaran daripada lawan. Kami berjaya memenangi dan sangat gembira,” kata Sagna lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply