[PERSPEKTIF] ARSENAL BUKANNYA LAWAN MUDAH – SCHWEINSTEIGER

Bastian-Schweinsteiger-Bayern-MunichMenjelang aksi pertama pusingan kedua antara Arsenal dan Bayern Munich di Stadium Emirates 16 Februari ini, Bastian Schweinsteiger menjangkakan pertempuran yang sengit antara kedua-dua pasukan. Tonggak tengah Bayern Munich itu mengakui bahawa Arsenal merupakan lawan sukar untuk dihadapi dan berharap rakan-rakannya berada di tahap terbaik untuk menewaskan kelab yang berpangkalan di utara London ini.

“Kami tidak bersorak gembira apabila kami mendengar diundi (menentang) Arsenal,” kata Schweinsteiger kepada laman web rasmi Bayern Munich.

“Mereka (Arsenal) merupakan lawan yang sukar untuk dihadapi. Mereka memiliki tradisi panjang yang hebat dan merupakan bukan sebarangan pasukan Inggeris.”

Sementara itu, Bastian Schweinsteiger kini sedang bergelut dengan masalah kecederaan buku lali yang dialaminya semasa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Perancis Rabu lalu. Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes tetap optimis bahawa pemain tengah berusia 28 tahun itu sempat cergas menjelang pertemuan menentang Arsenal di Stadium Emirates nanti.

bayern-munich-vs-arsenal-recordSementara itu, tonggak pertahanan berpengalaman Bayern Munich, Danial van Buyten turut senada dengan Bastian Schweinsteiger. Pertahanan antarabangsa Belgium berusia 35 tahun itu mahu rakan-rakan sepasukan tidak memandang rendah dengan kemampuan Arsenal meskipun Bayern Munich diletakan sebagai pasukan pilihan menjelang pertembungan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah.

“Kami sentiasa waspada dengan hakikat bahawa kami berada di peringkat di mana setiap pasukan akan memberi ujian yang sukar,” kata Danial Van Buyten.

“Jika kami hadir dalam dengan menganggap ia akan menjadi mudah, sebenarnya ini merupakan perlawanan yang sangat sukar.”

“Saya mahu menamatkan karier bersama Bayern tetapi bukan pada musim ini. Kami semua tahu bagaimana perbincangan masih berjalan.”

“Perkara ini boleh berjalan cepat dengan saya. Kami tidak memerlukan perbincangan,” kata pertahanan yang memiliki lebih 100 penampilan bersama The Bavarians dalam Bundesliga.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply