[PERSPEKTIF] ARSENAL BERDEPAN KESUKARAN MENENTANG BAYERN

jens-lehmann-arsenal-bayern-munichPenjaga gol lagenda Arsenal, Jens Lehmann mengakui Arsenal bakal berdepan kesukaran apabila diundi bertemu dengan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich yang kini berada di prestasi terbaik. The Bavarians kini gah berada di persada Bundesliga dengan 15 mata mengatasi pencabar terdekat, Borrusia Dortmund. Malah, skuad kendalian Jupp Heynckes juga cuma tewas tewas sekali serta hanya dibolosi 7 gol dalam 22 perlawanan Bundesliga musim ini.

Bekas penjaga gol kebangsaan Jerman berusia 43 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad The Invincibles yang menjulang Liga Perdana Inggeris pada musim 2003/04. Namun, Jens Lehmann tetap opitimis skuad bimbingan Arsene Wenger ini mampu melakar kejutan untuk mengenepikan cabaran Bayern Munich jika berjaya beraksi di tahap terbaik.

“Bagi pasukan Inggeris, ini merupakan undian terburuk secara langsung menentang kelab Jerman selepas cuti musim sejuk,” nukil Jens Lehmann di dalam Sport Bild.

“Tambahan pula, Bayern belum-belum dicabar lagi pada separuh kedua musim ini. Hanya tekanan yang mereka hadapi ketika sesi latihan.”

“(Pengurus Bayern) Jupp Heynckes memberi amaran kepada pemainnya terhadap kelajuan bahawa Arsenal masih boleh bermain secara menyerang terutama Theo Walcott tetapi lebih-lebih lagi Lukas Podolski yang boleh menjadi berbahaya.”

“Sebaliknya, Arsenal dilihat mampu menyekat Bayern dengan menyekat kawalan bola di mana mereka tidak boleh menyerang,” kata Lehmann lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply