[PERPINDAHAN] VITO MANNONE MAHU PULANG KEMBALI KE ITALI

Vito-Mannone-want-back-to-ItalyPenjaga gol muda Arsenal, Vito Mannone bersedia untuk meninggalkan Stadium Emirates lantaran gagal mendapat pelung beraksi dalam kesebelasan utama serta tidak berpuas hati dengan pengurusan Arsenal. Penjaga gol berusia 24 tahun itu menjadi pilihan kedua di belakang Wojciech Szczesny. Musim ini, Vito Mannone hanya beraksi dalam 13 perlawanan pada awal musim ekoran kecederaan yang menimpa Wojciech Szczesny.

Penjaga gol kelahiran Desio, Itali ini mengkritik pengurusan Arsenal yang melepas pemain bintang dalam beberapa musim kebelakangan ini termasuk Robin van Persie, Cesc Fabregas, Samir Nasri, Alex Song dan Gael Clichy. Polisi itu dilihat menjadi punca kegagalan Arsenal bersaing dengan lebih kompetatif serta menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu.

“Situasi yang sukar apabila anda kehilangan vito-mannone-replaced-szczesnypemain-pemain utama setiap tahun,” ungkap Vito Mannone di dalam Sportmediaset.

“Kami sememangnya memiliki pemain-pemain muda yang berpotensi tetapi semuanya harus bermula dari awal.”

Selain gagal meraih kejuaraan, Mannone mengakui kegagalan untuk bersaingan dengan Wojciech Szczesny merebut kedudukan dalam kesebelasan utama menjadi faktor dirinya mahu meninggalkan Arsenal.

Musim lalu, penjaga gol muda Itali ini beraksi cemerlang ketika dipinjamkan ke Hull City. Vito Mannone berjaya menraik minat beberapa kelab termasuk Inter Milan dan Napoli.

“Masa depan saya di Itali? Saya telah menjalani pengalaman yang panjang di sini dan saya akan mempertimbangkan sebarang tawaran,” kata Mannone yang menyertai Arsenal dari kelab Itali, Atlanta pada tahun 2005.

“Jika tidak mendapat peluang beraksi, saya mungkin akan kembali ke Itali atau menyertai kelab Inggeris yang lain.”

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply