[PERPINDAHAN] NACHO MONREAL SAH MENYERTAI ARSENAL

Ignacio-Monreal-Eraso-Spanish-defenderArsenal FC akhirnya mengumumkan menandatangani pertahanan antarabangsa Sepanyol, Nacho Monreal dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai £8.5 juta untuk kontrak jangka masa panjang. Pemain berusia 26 tahun ini menyertai Arsenal dari kelab La Liga, Malaga dan turut beraksi di posisi bek kiri bersama Sepanyol B-21 serta memiliki 9 caps antarabangsa bersama La Roja.

Nacho atau nama penuhnya Ignacio Monreal Eraso memulakan karier awal bersama kelab remaja Osasuna sebelum diserapkan ke dalam skuad utama dengan melakukan 127 kemunculan dalam saingan La Liga dan berjaya membantu kelabnya mara ke separuh akhir Liga Europa pada 2007. Pada Jun 2011, Monreal melengkapkan perpindahan ke CF Malaga dengan beraksi dalam 45 penampilan serta membantu CF Malaga melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Di pentas antarabangsa, pemain bek kiri yangNacho-Monreal-Malaga-CF memiliki ketinggian 1.78m ini pernah beraksi bersama pasukan Sepanyol B-21 dalam saingan Kejohanan EURO B-21 sebelum mendapat debut dalam skuad utama La Roja pada Ogos 2009 menentang Macedonia.

Sehingga kini, Monreal memiliki 9 caps bersama skuad kebangsaan Sepanyol dan menjadi pilihan kedua di posisi bek kiri selepas Jordi Alba.

Pengurus Arsenal mengalu-alukan kehadiran Nacho dengan berkata : “Kami gembira Nacho Monreal akhirnya bersetuju menyertai kami. Kami telah memantau perkembangannya untuk sekian lama dan dia bersetuju menyertai kami hari ini.”

“Monreal merupakan seorang pertahanan kiri yang kuat dengan memiliki pengalaman yang baik bersama kelab dan di peringkat antarabangsa. Dia memiliki kemahiran yang bagus, hantaran silang yang baik di kawasan final third dan tangkas di udara.”

“Monreal akan menambah kualiti dalam skuad kami terutama di bahagian pertahanan. Kami tidak sabar untuk melihatnya beraksi,” kata Wenger lagi.

Incoming search terms:

  • Nacho Monreal sebelum arsenal
This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply