[PERPINDAHAN] FERNANDO AMOREBIETA BAKAL SERTAI THE GUNNERS

Fernando-Amorebieta-vs-BarcelonaPertahanan Athletic Bilbao, Fernando Amorebieta dilaporkan tidak mahu menandatangani kontrak baru bersama The Lions dengan kontrak lamanya bakal berakhir pada Jun 2013. Pemain pertahanan tengah berusia 27 tahun ini dikhabarkan mahu segera melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates setelah sekian lama dikaitkan perancangan Arsene Wenger untuk memperkuatkan pasukan menghadapi saingan musim 2013/14.

Fernando Amorebieta telah beraksi dalam 193 perlawanan bersama Athletic Bilbao sejak tahun 2005. Agen Amorebieta, Gines Carvajal menyatakan pihaknya kini sedang berunding dengan Arsenal bagi mencapai persetujuan antara kedua-dua pihak untuk Amorebieta beraksi bersama The Gunners. Kedua-dua pihak kini sedang berbincang mengenai isu gaji yang bakal diterima oleh pertahanan antarabangsa Venezuela itu.

“Kami dalam perbincangan bersama Arsenal di mana jika segalanya berjalan lancar maka Fernando dapat menyertai mereka pada Jun 2013,” kata Carvajal kepada Footbal-Espana.

“Kami turut mendapat tawaran daripada beberapa kelab lain seperti Anzhi Makhachkala yang turut mengemukakan tawaran yang menarik kepada kami.”

“Namun, Fernando mempunyai hasrat untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dan tidak mahu beraksi bersama kelab Russia itu,” kata agen Amorebieta itu lagi.

Luiz-Gustavo-vs-Real-MadridDalam masa yang sama, Arsenal turut berminat untuk mendapatkan pemain defensive midfielder Bayern Munich, Luiz Gustavo pada jendela perpindahan musim panas nanti. Kehadiran pemain tengah kelahiran Brazil itu merupakan antara calon terbaik bagi mengisi kekosongan yang dtinggalkan oleh Alex Song yang meninggakan The Gunners pada Ogos tahun lalu untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Terdahulu, Arsenal sudah mengemukan tawaran untuk mendapatkan Gustavo pada jendela perpindahan Januari lalu namun The Bavarians tidak mahu menjual pemain tengah itu. Wenger dilaporkan tidak berputus asa dan bersedia untuk menandatangani pemain berusia 25 tahun selepas Gustavo terdesak untuk mendapat tempat beraksi dalam kesebelasan sejak ketibaan Javi Martinez di Allianz Arena pada 29 Ogos 2012. Kontrak Luiz Gustavo bersama Bayern Munich bakal berakhir pada 2015.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply