[PERPINDAHAN] ARSENAL MAHUKAN DAVID VILLA, KEVIN STROOTMAN

David-Villa-want-leaves-Nou-CampSelepas gagal mendapatkan khidmat David Villa pada jendela perpindahan yang berakhir hujung bulan lalu, Arsenal dilaporkan akan berusaha untuk membawa penyerang berusia 31 tahun pada musim panas nanti dengan yuran perpindahan sekitar £14 juta. Penyerang Barcelona ini terdesak menuju pintu keluar Stadium Nou Camp selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama sejak pulih daripada kecederaan panjang sejak Ogos lalu.

Penyerang antabangsa Sepanyol itu hanya melakukan 15 penampilan dalam kesebelasan utama musim ini namun masih berjaya menjaringkan 10 gol. David Villa menerima sekitar £110,000 seminggu di Nou Camp, jadi kemungkinan besar masalah gaji tidak akan menjejas kewangan Arsenal. Tetapi Arsene Wenger perlu mengubah polisi yang hanya memberikan kontrak setahun untuk pemain berusia lebih 30 tahun dengan David Villa bakal ditawarkan kontrak 3-4 tahun.

Sementara itu, The Gunners turut memantau perkembangan duo PSV Eindhoven, Dries Mertens dan Kevin Strootman dan bersedia mengeluarkan perbelanjaan besar pada musim panas nanti. Penyerang Belgium yang sedang meningkat naik, Dries Mertens berjaya memberi impak besar kepada PSV Eindhoven sejak berpindah dari FC Utrecht sejak 18 bulan yang lalu menjadi pilihan untuk mengantikan Theo Walcott andai bintang England itu meninggalkan Arsenal pada Januari lalu.

Penyerang berusia 25 tahun ini berjaya menjaringkan 37 gol dalam 60 penampilan bersama kelab yang berpangkalan di Stadium Phillip itu. Selain itu, Wenger turut berminat mendapat khidmat pemain muda Belanda, Kevin Strootman bagi mengukuhkan jentera tengah Arsenal. Pemain versetail berusia 22 tahun mampu beraksi cemerlang selaku holding midfielder atau deep lying playmaker atau box-to-box midfielder turut menarik minat Manchester United.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply