[PERPINDAHAN] ARSENAL INTAI KELIBAT SEBASTIAN RODE

Sebastian-Rode-Eintracht-FrankfurtArsenal semakin berminat untuk mendapatkan pemain yang berasal dari Jerman selepas persembahan mantap dipamerkan oleh Lukas Podolski dan Per Mertesacker. Terbaru, Arsene Wenger dilihat berminat untuk mendapatkan seorang lagi pemain muda dari Eintracht Frankfurt, Sebastian Rode. The Gunners dilaporkan bersedia mengeluarkan perbelanjaan bernilai £7.5 juta untuk menebus kontrak pemain berusia 22 tahun itu.

Sebastian Rode masih memiliki kontrak yang berbaki 16 bulan untuk kekal Commerzbank Arena namun jika Eintracht Frankfurt gagal untuk mencapai persepakatan kontrak baru pada hujung musim ini bermakna The Eagles bakal kehilangan pemain tengah bertahan itu secara percuma pada musim panas 2014 nanti. Pemain kelahiran Seeheim-Jugenheim ini dilihat sebagai antara prospek yang bakal menyerlah dalam Bundesliga.

Pemain berkaki kidal ini sudah beraksi dalam 23 perlawanan Bundesliga musim ini dengan menghasilkan 1 assist serta berjaya membantu Eintracht Frankfurt menduduki kedudukan ke-4 dalam saingan liga. Arsenal dilihat mahu menjadi Sebastian Rode sebagai penganti kepada Alex Song yang menyertai Barcelona namun berdepan saingan dari dua kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply