[PERPINDAHAN] ANDRE SANTOS KEMBALI BERSAMA KELAB BRAZIL

Andre-Santos-back-to-GremioKelab Brazil, Gremio mengesahkan Andre Santos telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman semalam. Pemain berusia 29 tahun ini menamatkan spekualasi mengenai kepulangan kembali ke Brazil selepas bergambar bersama peminat-peminat di Brazil pada Ahad lalu. Andre Santos dilihat terdesak untuk beraksi dalam skuad utama Arsenal ekoran ketibaan bek kiri Sepanyol, Nacho Monreal pada hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu.

Andre Santos menyertai Arsenal dari kelab Turki, Fenerbahce dengan yuran perpindahan bernilai £6.8 juta pada 31 Ogos 2011. Bersama The Gunners, Santos berjaya melakukan 36 kemunculan dengan menjaringkan 4 gol setakat ini namun bek kiri kelahiran Sao Paulo menjadi pilihan kedua selepas Kieran Gibbs. Pemain berusia 29 tahun ini turut memiliki 22 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Brazil.

Bekas produk akademi bola sepak Figueirence ini teruja untuk kembali beraksi di kampung halamannya serta berada di bawah kendalian Vanderlei Luxemburgo. Kelab Brazil itu mengumumkan secara rasmi ketibaan Andre Santos selepas dia selesai menjalani pemeriksaan kesihatan. Pemain berpengalaman ini pernah beraksi bersama-sama beberapa kelab Brazil sbelum ini termasuk Corinthians, Atletico Mineiro, Flamengo dan Figueirense.

“(Gremio) merupakan salah satu kelab terbesar di negara ini. Saya datang ke Gremio untuk menjadi juara,” kata Andre Santos.

“Saya sangat teruja dengan projek ini. Saya mempunyai impian untuk berkerja dengan Vanderlei Luxemburgo. Dia merupakan antara pengurus bola sepak terbaik di sini.”

“Jika mereka ada perlawanan hari ini, saya sedia untuk bermain. Tetapi saya perlu untuk memastikan tahap kecergasan saya sebelum saya bermain dan bukannya hari ini. Saya memerlukan 5-6 perlawanan untuk menyesuaikan diri. Saya berasa bimbang berada di sini,” kata Santos lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply