[EPL] MISI 3 MATA YANG SUKAR MENANTI KUNJUNGAN STOKE CITY

matchday-Arsenal-vs-Stoke-CityArsenal bakal menanti kunjungan Stoke City di Stadium Emirates dalam perlawanan ke-25 Liga Perdana Inggeris. Misi memburu 3 mata pastinya bukan tugas mudah lantaran Stoke City merupakan pasukan sukar untuk ditewaskan dengan corak permainan keras dan kasar. The Gunners kini menghuni kedudukan ke-6 dengan meraih 38 mata sementara skuad bimbingan Tony Pulis pula memunggut 30 mata daripada 24 perlawanan untuk berada di kedudukan ke-10 liga.

Arsene Wenger bakal kehilangan khidmat Keiran Gibbs uttuk tempoh 4-6 minggu selepas mengalami kecederaan paha ketika menentang Liverpool Rabu lalu manakala Thomas Vermaelen berada dalam keraguan kerana mengalami kesakitan di buku lali. Sementara itu, Mikel Arteta sedia untuk kembali menjalani latihan penuh selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan betis. Di kem Stoke City pula, Tony Pulis bakal kehilangan khidmat pertahanan kental, John Shea dan Marc Wilson yang mengalami kecederaan.

PERCATURAN TAKTIKAL

Wojciech Szczesny akan terus mengemudi gawang Arsenal sementara Per Mertesacker dan Laurent Koscielny pula bakal bergandingan selaku pertahanan tengah dengan Thomas Vermaelen akan direhatkan ekoran kecederaan buku lali. Bacari Sagna pula akan terus mengisi posisi bek kanan manakala Andre Santos akan terus beraksi selaku pemain bek kiri. Pemain baru Arsenal, Nacho Monreal pula dijangka akan melakukan debut malam ini dengan hadir selaku pemain gantian.

Bahagian tengah pula akan dikemudi oleh Jack Wilshere dan Mikel Arteta yang cergas sepenuh selepas diketepikan hampir sebulan kerana kecederaan betis. Santi Cazorla pula kekal memainkan peranan selaku attacking midfielder sementara Theo Walcott dan Lukas Podolski bertindak di bahagian sayap. Olivier Giroud yang kini berada di prestasi terbaik dengan menjaringkan 5 gol dalam 3 perlawanan terakhir pula akan kekal selaku targetman.

arsenal-ramsey-walcott-giroudSementara itu, Tony Pulis akan mempertaruhkan Asmir Begovic selaku penjaga gol utama dengan Robert Huth dan Ryan Shawcross bakal membentuk gandingan back four bersama geoff Cameron dan Andy Wilkinson. Trio midfielder, Charlie Adam dan Glen Whelan bersama Steven N’zonzi akan cuba untuk mengekang gerakan-gerakan di bahagian tengah Arsenal. Sementara itu, Matthew Etherington dan Jonathan Walters akan bertindak di bahagian sayap manakala Peter Crouch pula kekal selaku targetman.

Percaturan taktikal pastinya tertumpu di bahagian tengah dengan Jack Wilshere akan kekal memainkan peranan selaku box-to-box midfielder manakala Arteta sedikit ke bawah selaku defensive midfielder yang akan cuba meyekat kemaraan N’zonzi. Di bahagian pertahanan Arsenal, Koscielny bakal mengawal pergerakan Crouch yang cukup berbahaya terutama menerusi situasi bola tinggi manakala Mertesacker bertindah selaku sweeper.

Manakala bagi Stoke City pula, Adam dan Whelan akan beraksi sedikit ke bawah dan cuba untuk sentiasa membayang pergerakan Cazorla. Jika Santos diturunkan selaku bek kiri Arsenal, serangan pastinya lebih tertumpu di bahagian sayap kanan menerusi Walter berbanding di sebelah kiri. Di barisan pertahanan, Shawcross bakal merantai pergerakan Giroud yang semakin mempamerkan ketajaman dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Perlawanan pastinya bermula hambar dengan corak permainan negatif bakal ditampilkan oleh Stoke City yang akan mengharapkan serangan balas pantas untuk mencuri gol. Lantaran itu, Arsenal perlu mengelak dari dibolosi dan cuba mendapat gol awal untuk membuka kembali tempo perlawanan. Kunci pergerakan bola pastinya tertumpu di bahagian tengah dengan The Potters akan banyak melakukan hantaran-hantaran jauh.

Arsenal dilihat bakal menghadapi kesukaran untuk memecahkan benteng Stoke City yang lebih menerapkan corak permainan fikikal dan keras. Serangan pantas dilihat penyelesaian terbaik untuk merobek gawang anak buah Tony Pulis ini. Sementara itu, Stoke City dilihat bakal memanfaatkan kelemahan situasi bola tinggi Arsenal terutama menerusi set piece dan sepakan sudut untuk mendapatkan gol.

BARISAN KEMUNGKINAN

line-up-Arsenal-v-Stoke-City-2-Feb-2013Tarikh : 2 Februari 2013

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Chris Foy

Ramalan : Arsenal (3) vs Stoke City (1)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal memenangi 10 perlawanan terakhir menentang di gelanggang sendiri dalam semua kejohanan manakala Stoke tidak memenangi perlawanan di laman Arsenal sejak kali terakhir pada 29 Ogos 1981.
  • Stoke City telah melepaskan 15 gol daripada 5 perlawanan terakhir namun hanya melepaskan 14 gol daripada 19 perlawanan awal Liga Perdana Inggeris musim ini.
  • Arsenal pula berjaya menjaringkan 32 gol dalam 12 perlawanan di Stadium Emirates musim ini berkongsi gol terbanyak di laman sendiri bersama Manchester United.
  • The Potters hanya memenangi satu daripada 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris di gelanggang lawan.
  • Arsenal hanya memenangi 2 daripada 6 perlawanan terakhir di gelanggang sendiri.
  • Stadium Emirates merupakan stadium yang menyaksikan jaringan gol paling banyak berbanding 19 stadum EPL yang lain dengan 50 telah terhasil.
  • Arsenal merupakan pasukan yang paling efektif melakukan perangkap offside dengan melakukan sebanyak 85 kali.
  • Santi Cazorla merupakan satu-satunya pemain Arsenal yang bermula dalam kesebelasanan utama musim ini selepas 24 perlawanan liga.
  • Peter Crouch telah menjaringkan 7 gol dalam pertemuan menentang Arsenal setakat ini.
  • Olivier Giroud menjaringkan 5 gol dan menghasilkan 3 assist dalam 5 perlawanan terakhir bersama Arsenal.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply