[LUMBA BASIKAL] SENARAI PELUMBA LE TOUR DE LANGKAWI 2013

2013-Le-Tour-de-LangkawiKehangatan saingan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 kian dirasai dengan sesi pengenalan pemain dan Hot Ride di Dataran Lang, Pulau Langkawi semalam. Kehadiran 22 pasukan dengan 132 pelumba termasuk 5 pasukan professional, 6 pasukan professional benua, 9 pasukan benua dan 2 pasukan kebangsaan bakal mengharungi 10 peringkat perlumbaan meliputi jarak sejauh 1,469.7 kilometer bermula 21 Februari hingga 2 Mac 2013.

Penyertaan 5 pasukan berstatus jelajah profesional iaitu Garmin-Sharp, Astana Pro Team, Orica GreenEDGE, Blanco Pro Cycling Team dan Omega Pharma-Quickstep bakal menghangatkan saingan edisi ke-18 tahun ini namun bakal mendapat saingan sengit daripada enam pasukan profesional benua iaitu Vini Fantini-Selle Italia, UnitedHealthcare Pro Cycling Team, Champion System Pro Cycling Team, Team Europcar, Androni Giocattoli-Venezuela serta MTN-Qhubeka.

Gelaran Raja Pecut pastinya menarik dengan kehadiran juara bertahan, Andrea Guardini yang bersama pasukan baru, Astana Pro Team yang menanam impian mencatat kemenangan hatrik namun bakal mendapat saingan daripada pakar-pakar pecut termasuk Theo Bos (Blanco Pro Cycling Team), Bryan Coquard (Europcar), Francesco Chicchi (Vini Fantini-Selle Italia), Anuar Manan (Synergy Baku Cycling Project) dan Harrif Saleh (Terengganu Cycling Team).

Sementara itu, persaingan gelaran Raja Bukit pula tetap sengit meskipun tanpa kelibat juara bertahan edisi terdahulu, Jose Serpa namun dijangka bakal menjadi rebutan antara pemenang jersi Kuning 2011, Yonathan Mosalve dari pasukan Vini Fantini-Selle Italia, selain Nathan Haas (Garmin Sharp), Pierre Rolland (Team Europcar), Jackson Rodrigues (Androni Giocatolli-Venezuela dan Victor Nino Corredor (RTS Racing Team).

Kelibat 16 pelumba tempatan termasuk 6 yang beraksi bersama pasukan kebangsaan Malaysia dan Terengganu Cycling Team (TSG) manakala 4 lagi mewakili pasukan professional masing-masing termasuk Anuar Manan (Synergy Baku Cycling Project) dan Adiq Husainie Othman (Champion System Pro Cycling Team). Selain itu, Ng Yong Li pula beraksi bersama-sama RTS Racing Team manakala Loh Sea Keong pula bersama pasukan berpangkalan di Singapura, OCBC Singapore Continental Cycling Team

SENARAI PASUKAN DAN PELUMBA LE TOUR DE LANGKAWI 2013

-Pro Tour

Garmin-Sharp (GRS) – Amerika Syarikat
Pengurus Pasukan : Chann Mcrae
(001) Fernandez de Larrea, (002) Nathan Haas, (003) Raymond Kreder, (004) Caleb Fairly, (005) Peter Stetina, (006) Steele von Hoff

Astana Pro Team (AST) – Kazakhstan
Pengurus Pasukan : Jaan Kirsipuu
(011) Andrea Guardini, (012) Alexsandr Dyachenko, (013) Assan Bazayev, (015) Alexey Lutsenko, (016) Andrey Kashechkin, (017) Ruslan Tleubayev

Orica GreenEDGE (OGE) – Australia
Pengurus Pasukan : Matthew Wilson
(021) Allan Davis, (022) Luke Durbridge, (023) Aidis Kruopis, (024) Travis Meyer, (025) Wesley Sulzberger, (026) Pieter Weening

Blanco Pro Cycling (BLA) – Belanda
Pengurus Pasukan : Blijlevens Jeroen
(031) Theo Bos, (032) Graeme Brown, (033) Jetse Bol, (034) Thomas Leezer, (035) Jos van Emden, (036) Marc Goos

Omega Pharma-Quickstep (OPQ) – Belgium
Pengurus Pasukan : Rik van Slycke
(041) Bert Grabsch, (042) Andrew Fenn, (043) Michal Golas, (044) Serge Paulwels, (045) Pieter Serry, (046) Carlos Verona Quintanilla

– Pro Continental

Vini Fantini-Selle Italia (VIN) – Great Britain
Pengurus Pasukan : Luca Amoriello
(051) Francesco Chicchi, (052) Pablo Pier de Negri, (053) Stefano Borchi, (054) Michele Merlo, (055) Yonathan Monsalve, (056) Jano Sano

UnitedHealthcare Pro Cycling Team (UHC) – Amerika Syarikat
Pengurus Pasukan : Wilfried Cretskens
(061) Jake Keough, (062) Aldo Ilesic, (063) John Murphy, (064) Jeffry Louder, (065) Johanthan Clarke, (066) Lucas Euser

Champion System Pro Cycling Team (CSS) – China
Pengurus Pasukan : Edward Beamon
(071) Muhamad Adiq Husainie Othman, (072) Chad Beyer, (073) Chris Butler, (074) Gregor Gazvoda, (075) Craig Lewis, (076) Fabian Schnaidt

Europcar team (EUC) – Perancis
Pengurus Pasukan : Andy Flickinger
(081) Yukiya Arashiro, (082) Bryan Coquard, (083) Cyril Gautier, (084) Perrig Quemeneur, (085) Kevin Reza, (086) Pierre Rolland

Androni Giocattoli-Venezuela (AND) – Itali
Pengurus Pasukan : Roberto Miodini
(091) Tomas Aurelio Gil Martinez, (092) Carlos José Ochoa, (093) Jackson Rodriguez, (094) Omar Bertazzo, (095) Patrick Facchini, (096) Diego Rosa

MTN-Qhubeka (MTN) – Afrika Selatan
Pengurus Pasukan : Kevin Campbell
(101) Dennis van Niekerk, (102) Jacques Janse van Rensburg, (103) Jani Tewelde Weldegabir, (104) Russom Meron, (105) Sergio Pardilla, (106) Tsgabu Gebremaryam Grmay

– Benua

Synergy Baku Cycling Project (BCP) – Azerbaijan
Pengurus Pasukan : Jeremy Hunt
(111) Anuar Manan, (112) Rico Rogers, (113) Kirill Pozdnyakov, (114) Dan Craven, (115) John Ebsen, (116) Connor McConvey

Tabriz Petrochemical Team (TPT) –  Iran
Pengurus Pasukan : Ali Akbar Abdolzade
(121) Ghader Misbani Iranagh, (122) Hossein Nateghi, (123) Mehdi Sohrabi, (124) Saeid Safarzadeh, (125) Alireza Asgharzadeh, (126) Amir Kolahdozhagh

RTS Racing Team (RTS) – Chinese Taipei
Pengurus Pasukan : Chaiya Moondet
(131) Ng Yong Li, (132) Sun Jae Jang, (133) Victor Nino Corredor, (134) Vidal Celis Zabala, (135) Alex Destribois, (136) Oscar Pujol Munoz

Terengganu Cycling Team (TSG) – Malaysia
Pengurus Pasukan : Sebastien Duclos
(141) Mohd Harrif Salleh, (142) Mohd Zamri Salleh, (143) Mohd Nor Umardi Rosdi, (144) M. Saiful Anuar Aziz, (145) Mohammad Saufi Mat Senan, (146) Mohd Shahrul Mat Amin

OCBC Singapore Continental Cycling Team (TSI) – Singapura
Pengurus Pasukan : Justin Cheong Weiwen
(151) Loh Sea Keong, (152) Thomas Rabou Josaphus, (153) Phuchong Sai-Udomsin, (154) Goh Choon Huat, (155) Ho Junrong, (156) Low Ji Wen

Team Nippo -De Rosa (PPO) – Jepun
Pengurus Pasukan : Alberto Elli
(161) Julian David Arredondo Moreno, (162) Fortunato Baliani, (163) Shinichi Fukushima, (164) Manabu Ishibashi, (165) Mauro Abel Richeze, (166) Tanzou Tokuda

Aisan Racing Team (AIS) – Jepun
Pengurus Pasukan : Takumi Beppu
(171)Takeaki Ayabe. (172) Taiji Nishitani, (173) Kazuhiro Mori, (174) Yasuharu Nakajima, (175) Shinpei Fukuda, (176) Ito Masakazu

KSPO (KSP) – Korea Selatan
Pengurus Pasukan : Lee Byeon Gil
(181) Park Sung Baek, (182) Choi Seung Woo, (183) Seo Joon Yong, (174) Yeon Je Sung, (175) Jung Ji Min, (186) Kwon Soon Young

Hengxiang Cycling Team (HEN) – China
Pengurus Pasukan : JianHao Tang
(191) Wang Meiyin, (192) Li Fuyu, (193) Xing Fu, (194) Liu Yilin, (195) Liu Jianpeng, (196) Wang Bo

– Pasukan Kebangsaan

Pasukan Kebangsaan Malaysia (MAS) – Malaysia
Pengurus Pasukan : Omar Saad
(201) Mohamad Fauzan Ahmad Lutfi, (202) Amir Mustafa Rusli, (203) Muhamad Rauf Nur Misbah, (204) Mohd Nor Rizuan Zainal, (205) Zulhimie Afif Ahmad Zamri, (206) Yusrizal Usoff

Pasukan Kebangsaan Indonesia (INA) – Indonesia
Pengurus Pasukan : Ircham Mochamad
(211) Aiman Cahyadi, (212) Dadi Suryadi, (213) Hari Fitrianto, (214) Wijaya Endra, (215) Robin Manulang, (216) Fatahilah Abdullah

Incoming search terms:

  • pelumba basikal malaysia
  • pelumba basikal dunia
  • nama pelumba basikal malaysia
  • nama pelumba basikal dunia
  • nama pelumba basikal
  • nama pemain basikal malaysia
  • pemain basikal dunia
  • pelumba basikal no 1 dunia
  • juara lumba basikal malaysia
  • pemain basikal
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply