[LUMBA BASIKAL] PELUMBA TEMPATAN GAGAL TAWAN PENDAKIAN HORS

Wang-Meiyin-win-stage-3-Le-Tour-de-Langkawi-2013Pencapaian pelumba Asia, Wang Meiyin yang berjaya mengenepikan jagoan antarabangsa dari Eropah dan Amerika Latin untuk memenangi peringkat ketiga dengan menguasai pendakian kategori Hors di Cameron Highlands kelmarin hangat diperkatakan. Kejayaan pelumba Hengxiang Cycling Team sekaligus merampas keempat-empat jersi termasuk jersi kuning pendahulu keseluruhan. Di sebalik kejayaan pelumba kelahiran China itu timbul persoalan mengapa pelumba tempatan gagal untuk menguasai pendakian kategori Hors.

Kejayaan pendakian kategori Hors di Cameron atau Genting Highlands bakal menentu kedudukan pendahulu keseluruhan yang sering menjadi milik Raja Bukit. Namun, meskipun Le Tour de Langkawi kini sudah memasuki edisi ke-18 penganjuranya namun masih belum ada kelibat pelumba-pelumba dari Malaysia untuk mencabar jersi kuning untuk bergelar juara keselurahan pelumbaan jelejah lumba basikal yang berprestij di Asia.

Pendakian ke puncak Genting Highlands adalah peluang kepada pelumba pakar pendaki mendapatkan kelebihan masa dengan bagi membentuk jurang yang luas dengan pelumba terbabit hanya perlu kekal dalam kelompok besar pelumba pada baki peringkat perlumbaan selepas itu untuk bergelar juara. Hakikat itu diakui pelumba pecut negara, Anuar Manan yang melihat ia sebagai kelemahan ketara membabitkan pelumba tempatan apabila bersaing dalam perlumbaan berstatus Hors itu.

“Mereka perlu kuat dalam aspek pendakian selain pecutan ketika perlumbaan landai. Jurang antara pelumba akan berlaku apabila memasuki pendakian terbabit,” kata Raja Pecut LTdL 2010 itu.

LTdL-2013-stage-2“Kalau mahu menang kita kena hantar dua atau tiga pelumba berlatih di luar bersama pasukan pendaki yang handal seperti Androni Giocattoli dari Venezuela (pemenang jersi kuning, Raja Bukit dan keseluruhan berpasukan LTdL 2012).”

“Kita perlu mempelajari perancangan dan latihan mereka. Mungkin kehebatan mereka kerana menjalani latihan di kawasan beraltitud tinggi dan latihan di tempat mereka lebih teruk berbanding pendakian di Genting Highlands.”

Bagi bekas jaguh lumba basikal negara, Rosman Alwi yang mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk peserta tempatan meletakkan sasaran yang lebih tinggi dan bukan sekadar menjadi jaguh Asia semata-mata. Rosman menyedari bahawa tempoh sepanjang 18 tahun penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) sepatutnya berjaya melahirkan ramai jaguh lumba basikal negara bagi acara lebuh raya namun sebaliknya masih ketinggalan berbanding pelumba-pelumba trek.

“Kita masih kekurangan pertandingan untuk mengasah kemahiran pelumba kita,” kata Rosman Alwi ketika ditemuramah oleh Harian Metro.

“Sepatutnya, sebaik saja habis LTdL, mereka perlu dihantar berlatih di Eropah, tidak kira sama ada ke Belgium, Belanda atau Itali selama setahun dan boleh menyertai kejohanan di negara terbabit.”

“Perlu diakui bahawa standard perlumbaan di luar negara jauh lebih tinggi, setakat membiasakan diri dengan laluan sedia ada belum tentu dapat membantu. Ini kerana kejohanan seperti Tour de France mempunyai tahap yang lebih tinggi dan mencabar,”

stage-6-ltdl-2012-proton-shah-alam-to-genting-highlandRosman Alwi mengakui kecewa dengan matlamat asal penganjuran LTdL untuk melahirkan pelumba-pelumba lebuh raya bertaraf dunia dan sekadar menakluk peringkat Asia sahaja. Sehingga kini, hanya Anuar Manan sahaja yang berjaya mencipta kejutan memenangi Raja Pecut pada Le Tour de Langkawi 2010 selain muncul selaku pelumba Malaysia pertama memenangi satu peringkat pelumbaan pada peringkat kelima Le Tour de Langkawi 2010 dari Muar ke Port Dickson.

“Sepatutnya kita pergi lebih jauh lagi, mengapa masih memburu Asia. Itulah yang membezakan kita dengan pelumba China, Korea mahupun Jepun. Mereka meletak sasaran lebih tinggi dan lihat di mana mereka berada sekarang, kata bekas pelumba negara berusia 52 tahun itu.

“Sepatutnya pada usia 18 tahun penganjuran, kita boleh memberikan sesuatu tetapi setakat ini apa hasilnya. Jika Anuar boleh menyerlah, bagaimana dengan yang lain.”

“Kita perlu perluaskan pemikiran kerana kita bukan saja mahu melahirkan jaguh di LTdL tetapi juga yang mampu menyerlah di Sukan Asia, Komanwel mahupun Olimpik.”

“Pada masa sama, beliau mengharapkan Langkawi akan kekal menjadi laluan tetap LTdL dan bukannya seperti yang berlaku ketika ini.”

“Langkawi perlu tetap menjadi laluan untuk kejohanan ini kerana ini yang memberi identiti kepada perlumbaan itu, seperti mana dalam Tour de France,” katanya lagi.

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply