[LUMBA BASIKAL] MOTIVASI BUAT PELUMBA TEMPATAN DI LTdL 2013

Terengganu-Cycling-Team-LTdL-2013Pelumba-pelumba tempatan yang beraksi di Le Tour de Langkawi edisi ke-18 ini bakal menerima suntikan semangat dan motivasi apabila buat julung kali 3 kategori anugerah khas buat pelumba tempatan diperkenalkan dengan ganjaran keseluruhan bernilai RM10,000. Terdapat 16 pelumba tempatan yang bakal bersaing dengan 116 pelumba yang lain dalam saingan 10 peringkat meliputi jarak sejauh 1,469.7 kilometer bermula 21 Februari hingga 2 Mac 2013.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abdul Jalal, berkata rakan telekomunikasi rasmi LTdL Telekom Malaysia Berhad (TM) menyediakan tiga anugerah – Pemecut Terbaik Malaysia TM (Raja Pecut), Pendaki Terbaik Malaysia (Raja Bukit) dan Juara Keseluruhan Malaysia TM yang akan ditentukan pada hari terakhir perlumbaan pada 2 Mac ini. Di akhir saingan nanti, Raja Pecut dan Raja Bukit Malaysia bakal menerima RM2,500, Raja Bukit (RM2,500) manakala juara keseluruhan bakal memperoleh RM5,000.

Sementara itu, Ketua PegawaiAnugerah-khas-TM-pelumba-tempatan-LTdL-2013 Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman, berkata selepas tahun ke-18 terbabit dalam penajaan LTdL, TM berharap anugerah itu dapat memenuhi objektif dalam melahirkan lebih ramai pelumba negara yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

“Kami akan memberikan anugerah ini setiap tahun namun selepas LTdL 2013, kami akan berbincang dan membuat penilaian sama ada perlu untuk memberi anugerah kepada pemenang pada setiap peringkat pada masa akan datang,” kata Datuk Rozalila.

Senarai Pelumba Tempatan Beraksi di Le Tour de Langkawi 2013

Pasukan Kebangsaan Malaysia (MAS)
– Mohd Fauzan Ahmad Lutfi,
– Amir Mustafa Rusli,
– Muhamad Rauf Nur Misbah,
– Mohd Nor Rizuan Zainal,
– Muhammad Zulhilmi Afif Ahmad Zamri,
– Yusrizal Usoff

Terengganu Cycling Team (TSG)
– Mohd Harrif Salleh,
– Mohd Zamri Salleh,
– Mohd Nur Umardi Rosdi,
– Nur Amirull Fahruddin Mazuki,
– Mohammad Saufi Mat Senan,
– Mohd Shahrul Mat Amin

Champion System Pro Cycling Team (CSS)
– Muhamad Adiq Hussainie Othman

Synergy Baku Cycling Project  (BCP)
– Anuar Manan

RTS Racing Team (RTS)
– Ng Yong Li

OCBC Singapore Continental Cycling Team (TSI)
– Loh Sea Keong

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply