[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 8 (KUALA TERENGGANU – TANAH MERAH)

stage-8-ltdl-2013Kayuhan Le Tour de Langkawi 2013 bakal memulakan peringkat ke-8 dari perkarangan Mydin Mart, Kuala Terengganu menuju ke Jalan Ismail Petra, Tanah Merah, Kelantan. Saingan hari ini merupakan yang ketiga terpanjang pada edisi tahun ini sejauh 164.5km dengan laluan landai sepanjang perlumbaan merangkumi tiga zon pecutan di Desa Fikri (63.9km), Kampung Raja (95.8km) dan Pasir Puteh (125.0km) tanpa sebarang zon pendakian.

Lokasi saingan Le Tour de Langkawi 2013 peringkat kelapan hari ini bakal bermula di bandaraya Kuala Terengganu, ibu negeri yang juga merupakan bandar diraja Terengganu. Bandar ini terletak di muara Sungai Terengganu yang menjadi sempadan kepada daerah Hulu Terengganu dan Hulu Nerus dan telah mendapat status bandaraya pada 1 Januari 2008 yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan Pesisir Air lantaran tertulis dalam sejarah sebagai antara pelabuhan dan kerajaan maritim di Semenanjung Tanah Melayu pada kurun ke-12.

Terengganu kini berkembang menjadi pusat ekonomi dan tumpuan pelancong dalam dan luar negara dengan memiliki keunikan dan kecantikan alam semulajadi serta kepelbagaian warisan budaya. Nama Terengganu memiliki susur galur dan perjalanan sejarah yang panjang. Menurut mitos dan sejarah lama, nama Terengganu berasal dari perkataan ‘Taring anu’ ekoran penemuan sebuah taring besar sebesar gading gajah namun terdapat pelbagai cerita dan versi mengenai asal usul penemuan tersebut.

monumen-batu-bersurat-di-kuala-terengganuMalah, dalam catatan cendekiawan China seperti Ling-wai-Tai-ka dalam karangan Cao-Cu-Fei pada tahun1178 menyebut Teng-ya-nu manakala buku Cu-fan-Cih karangan Cao-Ju-Kua pada 1226 menamakan sebagai Teng-ya-nung merujuk kepada sebuah penempatan dan bandar pelabuhan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu yang terkenal pada kurun ke-12 Masihi. Kedua-dua nama ini merujuk kepada Terengganu yang terletak di bawah jajahan takluk Kerajaan Sriwijaya (San-fo-Cih) pada kurun ke-2.

Selain itu, bukti kewujudan kerajaan purba di Terengganu turut dikaitkan dengan penemuan seketul batu granit berbentuk empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84 cm tinggi, 53 cm lebar bahagian atas dan 27 cm lebar di bahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg yang dikenali sebagai Batu Bersurat. Batu bertulis tulisan Jawi menggunakan Bahasa Melayu Kuno merupakan tinggalan warisan kerajaan Islam purba yang turut menyebut Terengganu sebagai ‘Tengkanu’.

Destinasi penamat saingan hari iniTanah-Merah-Kelantan bakal berakhir di Tanah Merah, Kelantan yang merupakan bandar pentadbiran bagi jajahan Tanah Merah.

Bandar ini berada di pinggir Sungai Kelantan mempengaruhi aktiviti di sini yang berasaskan pertanian seperti getah, kelapa sawit dan tembakau selain aktiviti perdagangan sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah terletak di tebing Sungai Kelantan.

Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada jajahan Pasir Mas. Namun, bermula pada 2 hb Februari 1955, jajahan Tanah Merah mula diwujudkan di mana bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran yang terletak 3 utara lokasi asalnya suatu ketika dahulu. Mengikut sejarah Melayu, Tanah Merah merupakan ibu kota bagi Kerajaan Melayu Lama Kelantan iaitu Kerajaan Chi Tu yang bermaksud Tanah Merah.

Incoming search terms:

  • tanah merah
  • bandar tanah merah
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply