[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 7 (KUANTAN – DUNGUN)

stage-7-ltdl-2013Kini kehangatan kayuhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 mula menjelajah ke pantai timur Semanjung Malaysia. Saingan peringkat ke-7 hari ini bakal bermula di Jalan Astaka Square, Kuantan menuju ke Teluk Lipat, Dungun di Terengganu. Pelumbaan hari ini sejauh 149.8km yang melibatkan tiga zon pecut di Chukai (50.4km), Kerteh (107.3km) dan Paka (122.6km) serta dua zon pendakian kategori 4 di Bukit Anak Dara (71.9km) dan Kijal (83.0km).

Bandar Kuantan hari ini bakal menjadi lokasi pelepasan pelumba-pelumba bertaraf dunia. Ibu negeri Pahang yang terletak di persisir Laut China Selatan sememang terkenal dengan destinasi perlancongan semulajadi yang menarik termasuklah Pantai Teluk Cempedak, Pantai Balok, Hutan Simpan Bakau Sungai Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan, Taman Rekreasi Teruntum dan banyak lagi selain daripada lokasi tempat makan yang menarik dan menyelerakan.

Pelumba bakal melakukan kayuhan dengan jarak yang agak sederhana jauh namun struktur muka bumi sepanjang laluan yang sedikit memerlukan pedakian tetapi landai dipenghujung saingan nanti. Selain itu, pelumba-pelumba dan krew-krew Le Tour de Langkawi bakal disajikan dengan panomara alam semulajadi yang menarik serta melalui beberapa bandar dan pekan kecil seperti Beserah, Tanjung Rhu, Cherating, Cukai dan Dungun.

kuala-dungun-bandar-pesisir-terengganuDestinasi penamat pelumbaan peringkat ke-7 bakal berakhir di Teluk Lipat, Dungun yang terkenal dengan perlombongan bijih besi sejak 1930an. Kuala Dungun merupakan bandar pentadbiran kepada daerah Dungun yang terletak di pesisir Laut China Selatan. Dungun sememangnya terkenal dengan aktiviti perikanan dan perusahaan berasaskan hasil laut selain tempat perlancongan menarik seperti Tanjung Jara, Rantau Abang, Pulau Tenggol, Bukit Besi, Air Terjun Chemerung da sebagainya.

Nama Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan penempatan ini dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada kebanyakan orang Dungun berasal dari Sumatera selain dan nama-nama tempat yang mirip dengan nama-nama tempat di Indonesia. Kini, Kuala Dungun kian berkembang menjadi antara bandar utama di Terengganu.

Incoming search terms:

  • jarak dungun ke kuantan
  • jarak dari kuantan ke dungun
  • jarak kuantan ke dungun
  • jarak balok ke cherating
  • jarak balok ke kerteh berapa minit
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply