[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 6 (MENTAKAB – KUANTAN)

stage-6-ltdl-2013Kayuhan pelumba-pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 hari ini bakal bermula di Dewan Seri Mentakab, Mentakab menuju ke Stadium Darul Makmur, Kuantan. Jarak pelumbaan peringkat ke-6 merupakan jarak terpanjang pada edisi tahun ini sejauh 217.5 kilometer dengan mengharungi tiga zon pecutan di Jerantut (54.9km), Bandar Jengka (97.3km), dan Maran (137.4km) serta 3 zon pendakian di Sungai Piul (71.5km), Kota Gelanggi (80.6km) dan Jengka (103.4km).

Lokasi permulaan saingan peringkat ke-6 ini bermula di Mentakab, sebuah bandar utama yang terletak di daerah Temerloh yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Pasir Rawa. Pada 1901, Mentakab pernah ditimbangkan untuk menjadi pusat pemerintahan, tetapi kerana keadaan struktur muka bumi yang kurang rata menyebabkan Kuantan dipilih sebagai pusat pentadbiran negeri Pahang. Mentakab terkenal sebagai kawasan pertanian yang turut menjadi lokasi jalan keretapi dari Gemas, Negeri Sembilan ke menuju ke Tumpat, Kelantan.

Saingan hari ini menyaksikan pelumba-pelumba bakal melalui laluan merentasi beberapa bandar-bandar dan pekan kecil seperti Kuala Krau, Jerantut, Bandar Jengka, Maran, Gambang dan Bandar Indera Mahkota. Penamat pelumbaan bakal berakhir di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan. Stadium ini merupakan stadium serbaguna yang dibuka secara rasminya pada 1970 sebelum dinaiktaraf pada 1995 dan 2011 memiliki kapasiti seramai 40,000 penonton.

sungai-kuantan-pahangMenurut sejarah, Kuantan suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Kampung Teruntum di mana penempatan awalnya bermula di sekitar muara Sungai Kuantan berhahadapan dengan bangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sekarang.Kawasan ini dipercayai telah dibuka oleh Haji Senik dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an. Nama Teruntum ini dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.

Kini, bandar Kuantan terus berkembang menjadi sebuah bandar utama di Malaysia dengan kedudukan muka bumi yang rata terletak berhampiran sungai dan di persisir Laut China Selatan. Bandar terletak berhampran Sungai Kuantan memiliki keluasan 36,000 km² dan mula menjadi pusat pentadbiran negeri Pahang sejak berpindah dari Kuala Lipis pada 1976 lantaran kedudukan yang strategik. Pada 1 September 1979 sekali lagi, Majlis Bandaran Kuantan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuantan dan kekal sehingga ke hari ini.

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply