[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 5 (SHAH ALAM – GENTING HIGHLANDS)

stage-5-ltdl-2013Kekuatan mental dan fizikal pelumba-pelumba yang menyertai Le Tour de Langkawi 2013 bakal diuji dengan saingan peringkat ke-5 yang bermula di Pusat Kecemerlangan PROTON, Subang Jaya menuju ke Genting Highlands. Pelumbaan sejauh 110.3km bakal mengharungi satu pendakian kategori 4 di Bukit Cerakah (24.7km) serta tiga zon pecutan di Coalfields (37.3km), Paya Jaras (46.0km) dan Gombak (65.9km) sebelum tiba di peringkat pendakian kategori Hors ke Genting Highlands.

Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor yang terletak 25 kilometer di barat daya Kuala Lumpur. Suatu ketika dahulu, Shah Alam merupakan kawasan ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Sungai Renggam dan berkembang menjadi sebuah penempatan apabila British telah membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang). Bandar Shah Alam dibuka secara rasmi pada 1963 dan mula menjadi ibu negeri Selangor pada 1 Februari 1974 selepas Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Proton-plant-Shah-AlamShah Alam yang memiliki keluasan 290.3km2 (Pelan Warta 197) mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000. Selain Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam terkenal dengan kilang PROTON yang terletak di Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga. PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.) merupakan pengeluar kereta pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta ringgit.

Idea penubuhanya bermula apabila Perdana Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan presiden Mitsubishi yang mengadakan lawatan ke Malaysia pada tahun 1981. PROTON ditubuhkan hasil usahasama dengan Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) dan Mitsubishi sebagai rakan perkongsian strategik. Kini, PROTON terus berkembang menjadi salah simbol kemegahan hasil daripada pembangunan dan kemajuan Malaysia di mata dunia.

Resorts-World-Genting-MalaysiaKayuhan peringkat ke-5 hari ini bakal mengharungi beberapa lokasi tumpuan seperti Bukit Cerakah, Puncak Alam, Sungai Buloh, Kepong, Gombak, dan Batu Caves sebelum memulakan pendakian ke Genting Sepah seterusnya ke Genting Hinglands. Tanah Tinggi Genting atau Genting Highlands yang juga dikenali sebagai Resorts World Genting merupakan pusat percutian tanah tinggi yang popular di dunia terletak pada ketinggian 1860m dari aras laut dalam Banjaran Titiwangsa di sempadan Pahang-Selangor.

Genting Highlands mendapat julukan Las Vegas Malaysia kerana memiliki satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia. Antara ikon-ikon perlancongan yang menarik di Genting Highlands termasuklah Hotel Highland, Hotel Genting, Resorts Hotel, Taman Tema Genting, Awana Genting, Arena of Stars, Genting Skyway, dan Plaza First World di mana Hotel First World merupakan hotel ke-4 terbesar di dunia sementara Genting Skyway pula merupakan kereta kabel terpantas di dunia.

Incoming search terms:

  • kawasan perindustrian shah alam
  • perusahaan sha alam selangor
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply