[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 4 (TAPAH – KAPAR)

stage-4-ltdl-2013Kehangatan kayuhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 edisi ke-18 diteruskan dengan saingan peringkat ke-4 dari Tapah, Perak menuju ke Kapar, Selangor sejauh 168.0 kilometer. Selepas mengharungi pendakian yang memeritkan di Cameron Highlands, saingan hari ini bakal menjadi milik pakar-pakar pecut dengan laluan landai tetapi sedikit beralun yang akan mengharungi tiga zon pecut di Teluk Intan (40.2km), Sungai Besar (89.0km) dan Kuala Selangor (140.8km).

Kayuhan bakal bermula di Tapah, sebuah bandar yang terletak di daerah Batang Padang kira-kira 60km di selatan Ipoh. Bandar ini merupakan pintu masuk utama ke Cameron Highlands selain terkenal dengan kawasan rekreasi Lata Kinjang dan Lata Iskandar serta Hutan Rekreasi Kuala Woh. Nama ‘Tapah’ diberi sempena nama sejenis ikan air tawar iaitu ‘Ikan Tapah’ atau nama saintifiknya iaitu Wallago attu. Terdapat versi yang mengatakan bahawa nama tapah berasal dari loghat Melayu-Perak iaitu ‘tak mengapa’.

Ikan-Tapah-SongsengSaingan peringkat ke-4 bakal menempuh beberapa bandar dan pekan kecil termasuk Langkap, Teluk Intan, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Sekinchan, Kuala Selangor dan Jeram. Sepanjang perlumbaan, pelumba-pelumba bakal disajikan panorama bandar dan desa yang silih berganti dengan melalui beberapa lokasi menarik termasuk Menara Condong Teluk Intan, Bukit Malawati, Tanjong Karang, Sekinchan dan banyak lagi.

Perlumbaan peringkat ke-4 bakal berakhir di pekan Kapar yang terletak di daerah Klang, Selangor. Nama Kapar dipeolehi daripada sebatang sungai yang merentasi pekan Kapar mengalir ke Selat Melaka.

Menurut mitos, perkampungan Kapar yang dibuka oleh Tok Akob yang berasal dari Sumatera dan telah diserang sekumpulan lanun-lanun yang datang menyerang, merampas harta dan membunuh penduduk-penduduk kampung sehingga terjadi pertempuran yang sengit berhampiran sebatang sungai.

Pertempuran tersebut menyaksikan ramai yang terkorban dan mati berkaparan berhapiran sungai tersebut. Sempena peristiwa tersebut, sungai itu dinamakan sebagai Sungai Kapar yang bermula menjadi kawasan perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi sebuah pekan kecil. Terdapar sebuah stesen janakuasa elektrik menggunakan bahan bakar arang batu berhampiran pekan Kapar yang dahulu dikenali sebagai Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum ditukar nama kepada Kapar Energy Venture (KEV).

Incoming search terms:

  • tapah
  • ikan kapar
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply