[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 3 (SUNGAI SIPUT – CAMERON HIGHLANDS)

stage-3-ltdl-2013 Cabaran sebenar Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 bakal bermula pada saingan peringkat ketiga dari TF Value Mart Sungai Siput, Perak ke Balai Kraftangan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Perlumbaan hari ini sejauh 140.7km bakal menjadi milik pakar-pakar pendaki kerana melibatkan 1 zon pendakian katergori Hors di Brinchang selain 3 zon pecutan di Ipoh (27.8km), Kampar (59.0km) dan Tapah (79.2km).

Pelumbaan peringkat ketiga edisi kali bakal memulakan kayuhan dari Sungai Siput, sebuah bandar yang terletak di daerah Kuala Kangsar. Sungai Siput sememangya terkenal dengan perusahanan kacang tanah selain sejarah pemberontakan komunis apabila membunuh tiga orang peladang warga British menyaksikan pengistiharan darurat oleh kerajaan British pada 16 Jun 1948 di seluruh Tanah Melayu.

Pelumba-pelumba bakal mengharung laluan landai melalui ibu negeri Perak, Ipoh serta beberapa bandar kecil termasuk Chemor, Menglembu, Gopeng, Batu Gajah, Malim Nawar, Kampar dan Tapah sebelum memulakan pendakian ke Brinchang, Cameron Highlands. Panomara menarik serta kepelbagaian budaya bakal disaksikan sepanjang perlumbaan dengan melalui beberapa lokasi perlancongan menarik seperti bandaraya Ipoh, Kuil Sam Poh Tong, Kellie Caslte, Gua Tempurung, Lata Kinjang dan Ladang Teh Cameron.

Sementara itu, Cameron Highlands bakal menjadi destinasi penamat pelumbaan hari ini yang berada di ketinggian lebih 1500 meter dari aras laut dengan memiliki kawasan seluas 712km2 yang terdiri daripada beberapa pekan kecil Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Kawasan ini mendapat nama sempena nama juruukur British, Sir William Cameron yang melakukan kerja-kerja pemetaan di kawasan sempadan Perak-Pahang pada tahun 1885.

Cameron-Higland-MalaysiaCameron Highlands terletak di barat laut Pahang yang bersempadan dengan negeri Perak merupakan antara kawasan penempatan tanah tinggi utama di Malaysia dengan suhu purata setiap tahun sekitar 18°C pada siang hari dan 9°C di waktu malam. Tanah tinggi ini didiami oleh pelbagai etnik dan agama termasuk kaum orang asli yang merupakan kawasan kawasan penanaman teh dan sayur-sayuran serta buah-buahan iklim sederhana. Terdapat juga bangunan lama peninggalan zaman penjajahan British masih berdiri utuh di sini.

Saingan peringkat ketiga ini bakal mengharungi satu zon pendakian kategori 1 di Ringlet (122.4km) pada ketinggian 1200m dari aras laut sebelum menamatkan satu zon pendakian kategori Hors di Brinchang (140.7km) di ketinggian 1500 meter dari aras laut yang terletak di kawasan Tanah Tinggi Cameron. Pakar-pakar pendaki seperti Jose Rujano, Yonathan Monsalve, Peirre Rolland, Nathan Hass, Jackson Rodrigues dan Victor Nino-Corredor pastinya bakal mencuri tumpuan dalam perlumbaan hari ini.

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply