[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 1 (KANGAR – KULIM)

stage-1-ltdl-2013-Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 bakal memulakan kayuhan dari Dataran MPK, Kangar, Perlis menuju ke Padang Awam Kulim, Kulim, Kedah hari ini. Saingan peringkat pertama kejohanan lumba basikal jelajah paling berprestij di Asia ini membuka tirai dengan mengharungi jarak perlumbaan sejauh 162.7km dengan melibatkan tiga zon pecutan di Jitra (32.8km), Alor Setar (51.3km) dan Guar Chempedak (81.4km) serta satu zon pendakian kategori 4 di Bukit Selambau (116.1km).

Kangar bakal lokasi permulaan LTdL 2013 selepas sesi pengenalan pemain dan Hot Ride di Dataran Lang, Pulau Langkawi semalam. Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis yang terletak berhampiran Sungai Perlis. Kewujudan penempatan Kangar semenjak 350 tahun dahulu apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan Sultan Kedah ke-14, Sultan Muhyiddin Mansor Shah pada 1653. Kanggar suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan darat (pengkalan) yang menjadi tempat tongkang dan perahu berlabuh.

City-of-Kangar-PerlisNama Kangar diperolehi sempena sebatang pohon yang tinggi dan rendang di mana menjadi teduhan dan pusat jual beli para pedagang suatu ketika dahulu. Pohon ini bernama ‘Pohon Kangar’ sekaligus menyebabkan pada pedagang menggelarkan kawasan ini sebagai ‘Pelabuhan Pohon Kangar’ bersempena nama pokok tersebut. Namun, Pelabuhan Pohon Kangar ini berubah fungsi menjadi pusat perniagaan dan pentadbiran di negeri Perlis dengan peranan sebagai pelabuhan kian dilupakan.

Saingan hari ini bakal berakhir Kulim, sebuah bandar pentadbiran bagi daerah Kulim yang terletak di selatan negeri Kedah dan bersempadan dengan Pulau Pinang. Kulim mendapat nama sempena sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan ini iaitu ‘Pokok Kulim’ atau nama botaninya Scorocarpus Borneensis Becc. Penempatan ini dipercayai dibuka oleh sekumpulan orang Melayu Pattani pada pertengahan abad ke-18 sebelum berkembang pada abad ke-19 ekoran aktiviti perlombongan bijih timah.

Jam-Merdeka-KulimPekan kecil Kulim pada 1950-an kini berkembang menjadi bandar utama di negeri Jelapang Padi yang sangat penting kepada pertumbuhan ekonomi Kedah terutama dari sektor perindustrian berat ekoran Taman Perindustrian Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech Park) dibuka pada 1996. Di persekitaran bandar Kulim masih terdapat rumah kedai hasil tinggalan Perang Dunia Kedua yang menjadi warisan penduduk-penduduk tempatan.

Salah satu monumen penting di Kulim ialah Jam Merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah, Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah pada 15 September 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan yang dibiayai melalui penduduk Kulim sendiri sebanyak RM40,000.00 sebagai manifestasi penduduk Kulim sebagai rakyat negara ini di atas kejayaan negara mencapai kemerdekaan dari penjajahan British.

Incoming search terms:

  • Kulim
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply