[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 PERINGKAT PERTAMA

Theo-Bos-ltdl-2013-stage-winnerJuara dunia acara trek sebanyak lima kali, Theo Bos mempamerkan kejaguhannya apabila menawan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 dari Kangar, Perlis ke Kulim, Kedah untuk menyarung jersi kuning semalam. Pelumba Blanco Pro Cycling Team itu mengetepikan Bryan Coquard (Team Europcar) tempat kedua dan Raja Pecut edisi terdahulu, Andrea Guardini (Astana Pro Team) ketiga dalam penamat berkelompok.

Theo Bos berjaya mendapat bantuan daripada rakan sepasukan sejak 10 kilometer terakhir dan tiba ke garisan penamat dengan masa 4 jam 17 saat dalam perlumbaan sejauh 162.7 kilometer. Pelumba berusia 29 tahun itu turut merangkul jersi biru Raja Pecut dengan mengumpul 15 mata namun mengakui berdepan saingan sengit menuju ke garisan penamat ekoran kehadrian ramai pakar-pakar pecut termasuk pelumba tempatan, Anuar Manan dan Harrif Salleh.

“Saya sudah menjangkakan saingan hari ini (semalam) akan menjadi sukar apabila perlumbaan menuju ke garisan penamat kerana ramai pelumba pecut yang hebat menyertai kejohanan ini,” kata pelumba kelahiran Herden, Belanda.

“Atas kertas, kami mempunyai kelebihan kerana ramai pelumba pecut dalam pasukan ini. Jadi, kelebihan sudah pasti memihak kepada saya.”

“Rakan sepasukan (Graeme Brown) banyak membantu saya, terutamanya ketika perlumbaan berbaki dua kilometer. Bagaimanapun, saya tidak menjangka akan mencatat kemenangan mudah dan saya tetap menghormati pencabar yang lain,” kata Bos lagi.

ltdl-2013-stage-1-masjid-zahir-kedahSementara itu, Raja Pecut Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, Anuar Manan turut mempamerkan kayuhan bertenaga dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-7 semalam. Ketiadaan rakan sepasukan yang membantunya pada 3 kilometer terakhir menyebabkan pakar pecut tempatan yang mewakili pasukan Synergy-Baku Cycling Project terlepas peluang untuk berada di pentas podium.

“Rakan pasukan banyak membantu menolak saya ke depan pada akhir 10km, tapi apabila perlumbaan berbaki 3 km lagi, rakan sepasukan saya tidak dapat kejar kerana perlumbaan terlalu pantas,” kata pelumba berusia 27 tahun itu.

“Saya terpaksa berusaha sendirian ke depan dan selepas itu susah buat saya kerana pasukan Pro Tour lain ada gandingan masing-masing untuk melakukan pecutan ke penamat.”

“Esok (hari ini) saya akan memperkemaskan strategi selepas tengok mereka melakukan kerja hari ini (semalam), saya akan membuat terbaik untuk muncul juara peringkat.”

“Saya juga tidak menjangka selepas bermulanya perlumbaan akan ada pemecahan. Memang rugi kerana melepaskan mata untuk jersi biru kerana saya fikir tidak mahu membazirkan tenaga,” kata Anuar Manan lagi.

ltdl-2013-stage-1-break-awayPelumba Hengxiang Cycling Team, Wang Meiyin pula berjaya merangkul jersi putih (Terbaik Asia) dan jersi merah (Raja Pecut) selepas menguasai zon pendakian di Bukit Selambau (116.1km). Wang Meiyin yang pernah menyertai LTdL edisi terdahulu bersama pasukan Marco Polo melakukan pemecahan (break-away) seawal perlumbaan bermula bersama-sama Shinichi Fukushima (Team Nippo-De Rosa) dan Goh Choon Huat (OCBC Singapore) namun berjaya ditangkap oleh peloton pada 20 km terakhir.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT PERTAMA – KANGAR KE KULIM (162.7 km)

10 Pemenang Peringkat Pertama :
1-Theo Bos (NED) Blanco Pro Cycling Team – 4 jam 17 saat
2-Bryan Coquard (FRA) Team Europcar ”
3-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team  ”
4-Steele Von Hoff (AUS) Garmin-Sharp ”
5-Jacob Keough (USA) United Healthcare Pro Cycling  ”
6-Aldo Ino Ilesic (SLO) United Healthcare Pro Cycling ”
7-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project ”
8-Francessco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia ”
9-Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical Team ”
10-Mauro Abel Richeze (ARG) Team Nippo – De Rosa ”
————————————————————————————-
13-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team ”
34-Zulhimie Alif Ahmad Zamri (MAS) Malaysia Nasional Team ”
49-Mohammad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team ”
50-Amir Mustafa Rusli (MAS) Malaysia National Team ”
54-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team “

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Theo Bos (NED) Blanco Pro Cycling Team – 4’00:07s
2-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 4’00:08s
3-Bryan Coquard (FRA) Team Europcar – 4’00:11s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 4’00:08s
2-Ho Jun Rong (SIN) OCBC Singapore – :05s
3-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project – :09s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Theo Bos (NED) Blanco Pro Cycling Team – 15 mata
2-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling – 15
3-Bryan Coquard (FRA) Team Europcar – 14

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling – 4 mata
2-Ho Jun Rong (SIN) OCBC Singapore – 2
3-Shinichi Fukushima (JPN) Team Nippo-De Rosa – 1

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-United Healthcare Pro Cycling  – 12’00:51s
2-Astana Pro Team – 12’00:51s
3-Synergy-Baku Cycling Project – 12’00:51s

Tiga Pasukan Terbaik Asia
1-KSPO (KOR) – 12’00:51s
2-Aisan Racing Team (JPN) – 12’00:51s
3-Tabriz Petrochemical Team (IRN) – 12’00:51s

Incoming search terms:

  • keputusan ltdl 2013
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply