[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-7

Andrea-Guardini-win-stage-7-ltdl-2013Pelumba Itali, Andrea Guardini kembali membuktikan kejaguhan apabila memenangi saingan peringkat ketjuh Le Tour de Langkawi 2013. Pemenang lima peringkat edisi tahun lalu itu berjaya merangkul kemenangan pertama musim ini selepas dibayangi kehebatan rakan senegara, Francesco Chicchi dari pasukan Vini Fantini-Selle Italia dan pelumba Blanco Pro Cycling Team, Theo Bos pada awal saingan tahun ini.

Raja Pecut LTdL edisi 2011 dan 2012 itu berjaya menambah koleksi kemenangan ke-12 peribadi dengan menamatkan saingan peringkat ke-7 dari Kuantan, Pahang ke Dungun, Terengganu sejauh 149.80 kilometer (km) dengan catatan masa tiga jam 37 minit 17 saat, sekaligus mengetepikan cabaran Francesco Chicchi daripada Vini Fantini-Selle Italia di tempat kedua manakala Aidis Kruopis (Orica GreenEDGE) di tempat ketiga.

Lebis manis, kejayaan itu berjaya melebarkan rekod pelumba yang paling banyak memenangi peringkat pada perlumbaan paling berprestij di Asia dengan 12 kemenangan dalam 3 edisi mentasi rekod pelumba Australia, Graeme Brown daripada Blanco Pro Cycling Team yang melakar 10 kemenangan peringkat. Pelumba kelahiran Tregnago, Itali itu turut mengukuhkan cengkaman selaku Raja Pecut dengan 72 mata mengatasi pencabar terdekat Anuar Manan dengan 50 mata.

Andrea Guardini nyata gembira dengan kejayaan itu selepas berjaya mencatatkan kemenangan pertama bersama pasukan yang lebih kuat dan besar itu. Dalam dua edisi terdahulu, Andrea Guardini mewakili pasukan Farnese Vini-Selle Italia namun pada edisi 2013 pelumba berusia 24 tahun itu bersama pasukan Pro Tour, Astana Pro Team.

le-tour-de-langkawi-2013-dungun-terengganu“(Tahun) ini sangat sukar jika saya tidak memenangi sesuatu. Tahun ini saya masih cuba menyesuaikan diri dengan pasukan dan rakan sepasukan baru di Astana. Saya menyertai Tour Down Under dan Tour of Qatar tanpa sebarang kemenangan tetapi di sini sangat sempurna,” kata Andrea Guardini.

“Ia adalah kejayaan pertama saya bersama Astana Pro Team. Saya lega. Cabaran tahun ini tidak mudah kerana ramai pakar-pakar pecut di sini..”

“Tetapi, rakan sepasukan, Assan Bazayev dan Ruslan Tleubayev berkerja keras  dan mengerakan perlumbaan dengan pantasuntuk membuka peluang saya mendapat kedudkan di podium.”

“Pada 500 meter terakhir, Tleubayev meletakan saya di belakang Aidis Kroupis dan Allan Davis dan saya melakukan pecutan dari sebelah kiri untuk memintas mereka.”

“Saya juga tahu Anuar Manan (Synergy-Baku Cycling Project) semakin hampir dengan pungutan mata selepas mengumpul mata dalam zon pecutan hari ini tetapi saya fokus untuk memenangi perlumbaan hari ini.”

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan terus mengekalkan jersi biru (Raja Pecut),” kata Guardini yang berjaya mencuri tumpuan dunia dengan memenangi peringkat ke-18 Giro d’Italia tahun lalu.

Bagaimanapun, pelumba Team Nippo-De Rosa, Julian Arredondo semakin hampir untuk muncul juara keseluruhan apabila berjaya mengekalkan jersi kuning (Terbaik Keseluruhan) selepas mengumpul masa 25:55.05s di depan pencabar terdekatnya, Peter Weening daripada Orica GreenEDGE dengan 1.15s manakala pelumba MTN Qhubeka, Sergio Pardilla di tempat ketiga.

Sementara itu, pelumba Hengxiang Cycling Team, Wang Meiyin mengekalkan jersi merah (Raja Bukit) dan jersi putih (Terbaik Asia). Cabaran sengit daripada pelumba-pelumba pasukan profesional terutamanya pada kilometer terakhir menjadi punca barisan pelumba Malaysia gagal melakar kemenangan hari ini dengan Mohd Nor Rizuan Zainal muncul pelumba terbaik Malaysia dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12.

ltdl-2013-stage-7-kuantan-to-dungunKEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 7 -KUANTAN KE DUNGUN (149.8km)

10 Pemenang Peringkat Ke-7
1-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 3:37.17s
2-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 3:37.17s
3-Aidis Kruopis (LTU) Orica GreenEdge – 3:37.17s
4-Allan Davis (AUS) Orica GreenEdge – 3:37.17s
5-Andrew Fenn (GBR) Omega Pharma-Quickstep – 3:37.17s
6-Stelee Von Hoff (AUS) Garmin-Sharp – 3:37.17s
7-Graeme Brown (AUS) Blanco Pro Cycling Team – 3:37.17s
8-Bryan Coquard (FRA) Team Europcar – 3:37.17s
9-Taiji Nishitani (JPN) Aisan Racing Team – 3:37.17s
10-Rico Rogers (NZL) Synergy-Bacy Cycling Project – 3:37.17s
—————————————————————————————————–
12-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team – 3:37.17s
13-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team – 3:37.17s
22-Mohd Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling  Team – 3:37.17s
25-Anuar Manan (MAS) Synergy-Bacy Cycling Project – 3:37.17s
34-M. Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System Pro Cycling – 3:37.17s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 25:55.05s
2-Pieter Weening (NED) Orica GreenEdge – 25:56.20s
3-Sergio Pardilla (ESP) MTN Qhubeka – 25:57.15s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 25:57.45s
2-Amir Kolahdohagh (IRI) Tabriz Petrochemical Team +18s
3-Ghader Mizbani (IRI) Tabri Petrochemical Team +58s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 72mata
2-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project – 50 mata
3-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 47 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 48 mata
2-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 45 mata
3-Pieter Weening (NED) Orica GreenEdge – 32 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-MTN Qhubeka (MTN) 77:54.13s
2-Tabriz Petrochemical Team (TPT)+09:00s
3-Androni Giocattoli-Venezuela (AND) +13:00s

Tiga Pasukan Terbaik Asia
1-Tabriz Petrochemical Team (TPT) 78:03.13s
2-Astana Pro Team (AST) +07:34s
3-Hengxiang Cycling Team (HEN) +15:29s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply