[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-6

thomas-leezer-win-stage-6-ltdl-2013Henjutan solo Thomas Leezer yang berjaya melepaskan diri dari kelompok pendahulu 16 pelumba pada 5 kilometer terakhir untuk menjuarai peringkat ke-6 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 dari Mentakab ke Kuantan, semalam. Meskipun terpaksa mengharungi hujan lebat pada 25 kilometer terakhir menuju garis penamat namun itu tidak mengugat kayuhan bertenaga pelumba pasukan Blanco Pro Cycling untuk meraih kejayaan podium pada debutnya di Le Tour de Langkawi.

Pelumba kelahiran The Hague, Belanda itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa empat jam 33 minit 42 saat, meninggalkan Jung Ji Min dari pasukan KSPO, 27 saat di belakang manakala juara kebangsaan Poland 2012, Michal Golas (Omega Pharma-Quickstep) di tempat ketiga. Menurut Leezer, perlumbaan yang dilaluinya semalam amat mencabar dan ia adalah pengalaman baru buat dirinya selepas 30 hingga 40 kali cuba melakukan pemecahan.

“Saya telah mencuba 30 hingga 40 kali untuk melakukan pemecahan (break-away) sepanjang peringkat ini dan pada percubaan terakhir saya berjaya. Ini satu pengalaman yang berbeza tetapi saya sangat gembira,” kata Thomas Leezer selepas tamat perlumbaan.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini terutama bagi pasukan kami. Kami bersaingan dengan baik untuk membuktikan kemampuan selepas kami kehilangan penaja utama (Rabobank) tahun lalu. Jadi ini peluang untuk memacu pasukan ke hadapan.”

“Saya juga sangat lega dengan kemenangan ini. Sebenarnya saya rasa saya sangat bertuah kerana berada di sini alam perlumbaan ni dan kini saya membuktikan bahawa saya mampu memberi saingan,” kata pelumba berusia 27 tahun itu lagi.

ltdl-2013-mentakab-to-kuantanThomas Leezer yang meraih tempat keempat Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Dunia Bawah 23 Tahun pada 2007, pernah mengalami detik hitam tahun lalu apabila hilang ingatan selama 20 jam selepas terlibat kemalangan dalam satu perlumbaan di Belgium. Namun, mimpi negeri itu tidak menghalangnya untuk kembali berkayuh dan membuktikan dirinya masih lagi berbisa dan harus diberi perhatian oleh pelumba-pelumba lain.

Sementara itu, anak jaguh tempatan Harrif Salleh dan Anuar Manan kian bersemangat apabila menamatkan saingan semalam di tempat ke-9 dan ke-10. Kedua-dua pelumba kelahiran Terengganu itu bersedia untuk mengerah keringat dalam baki saingan empat peringkat selepas ini bakal menjelajah ke negeri kelahiran mereka. Anuar Manan yang mewakili pasukan Synergy-Baku Cycling Project berjaya mendaki kedudukan kedua dalam senarai Raja Pecut di belakang Andrea Guardini.

Pencabar utama yang juga pelumba pilihan untuk kategori jersi biru Raja Pecut itu, Theo Bos yang memenangi dua peringkat awal perlumbaan sudah tidak meneruskan saingan kerana mengalami demam dan cirit-birit serta tidak memulakan perlumbaan semalam. Nasib malang menimpa Bos menambah keyakinan Anuar yang mahu menyekat gelaran hatrik diburu Guardini di bumi kelahirannya.

“Kelebihan Guardini mungkin rakan sepasukannya yang berpengalaman luas dan sudah lama bersama berbanding saya yang baru bersama pasukan ini,” kata anak kelahiran Kuala Ibai itu.

“Saya akan memerhatikan pergerakannya. Namun dalam perlumbaan banyak perkara tidak dijangka boleh berlaku seperti yang menimpa Bos dan saya harap rezeki memihak kepada saya kali ini.”

Bagaimanapun, jersi kuning (Pendahulu Keseluruhan) masih kekal milik juara peringkat kelima, Julian Arredondo dari Team Nippo-De Rosa manakala jersi biru (Raja Pecut) juga kekal dalam genggaman, Andrea Guardini (Astana Pro Team). Namunjersi Merah (Raja Bukit) dirampas semula oleh pelumba China, Wang Meiyin dari pasukan Hengxiang Cycling Team yang turut mengekalkan jersi putih (Terbaik Asia).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 6 – MENTAKAB KE KUANTAN (217.5km)

10 Pemenang Peringkat Ke-6
1-Thomas Leezer (NED) Blanco Pro Cycling Team – 4:33.42s
2-Jung Ji Min (KOR) KSPO – 4:34.09s
3-Michal Golas (POL) Omega Pharma-Quickstep – 4:34.17s
4-Jackson Rodriguez (VEN) Androni Giocatoli-Venezuela – 4:34.17s
5-Travis Meyer (AUS) Orica GreenEdge – 4:34.17s
6-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 4:34.22s
7-Allan Davis (AUS) Orica GreenEdge – 4:34.22s
8-Jacob Keough (USA) United Healthcare – Pro 4:34.22s
9-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team – 4:34.22s
10-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project – 4:34.22s
————————————————————————————————–
20-M. Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System Pro Cycling – 4:34.22s
22-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team – 4:34.22s
26-Zulhilmie Afif A Zamri (MAS) Malaysia National  Team – 4:34.22s
52-Mohd Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling  Team – 4:34.22s
60-Mohd Saiful Anuar Aziz (MAS) Terengganu Cycling  Team – 4:34.22s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 22:17.48s
2-Pieter Weening (NED) Orica GreenEdge – 22:19.04s
3-Sergio Pardilla (ESP) MTN Qhubeka – 22:19.58s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 22:20.28s
2-Amir Kolahdohagh (IRI) Tabriz Petrochemical Team +18s
3-Ghader Mizbani (IRI) Tabri Petrochemical Team +01:04s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 57 mata
2-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project – 43 mata
3-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 36 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 48 mata
2-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 45 mata
3-Pieter Weening (NED) Orica GreenEdge – 32 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-MTN Qhubeka (MTN) 67:02.22s
2-Tabriz Petrochemical Team (TPT)+09:00s
3-Androni Giocattoli-Venezuela (AND) +13:00s

Tiga Pasukan Terbaik Asia Keseluruhan
1-Tabriz Petrochemical Team (TPT) 67:11.22s
2-Astana Pro Team (AST) +07:34s
3-Hengxiang Cycling Team (HEN) +15:29s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply