[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-5

Pieter-Weening-Julian-Arredondo-Victor-NinoPelumba Colombia, Julian David Arredondo Moreno mempamerkan kayuhan berbisa apabila menawan puncak Genting Highlands dalam cuaca hujan dan sejuk dengan laluan sukar penuh berliku. Pakar pendaki berusia 25 tahun itu menamatkan saingan sejauh 110.3km dengan catatan masa tiga jam 11 minit 41 saat mengatasi pelumba Orica GreenEDGE, Pieter Weening di tempat kedua (3:12.07s) manakala Victor Nino Corredor daripada RTS Racing Team berpuas hati di kedudukan ketiga (3:12.25s).

Lebih manis lagi, kejayaan Julian Arredondo itu meneruskan dominasi penguasaan pelumba Amerika Latin menawan puncak Genting Highlands selepas rakan senegara, Jose Serpa melakukan pada 2009 dan 2012 bersama-sama dua pelumba lagi pelumba dari Venezuela, Jose Rujano dan Jonathan Monsalve turut pernah memenangi pendakian ke Genting Highlands pada 2010 dan 2011.

Terdahulu, pelumba pasukan Nippo-De Rosajulian-arredondo-wins-stage-5-genting turut cemerlang ketika pendakian di Cameron Highlands dengan menduduki tempat kedua.

Kemenangan itu turut membolehkan naib juara Tour of Japan tahun lalu itu berjaya merampas jersi kuning (terbaik keseluruhan) dan jersi merah (Raja Bukit) daripada pelumba Hengxiang Cycling Team, Wang Meiying.

Julian Arrendondo yang baru menjadi pelumba profesional bersama pasukan Nippo-De Rosa mengakui kejayaan menawan puncak Genting Highland sangat penting dan bermakna bagi dirinya.

“Saya hanya memerhatikan bagaimana reaksi jersi kuning (Meiyin) bertindak hari ini sebelum melakukan pergerakan,” kata Julian Arredondo.

“Saya mempunyai rakan sepasukan, Balliani yang bersama-sama saya melakukan serangan pada 10km terakhir apabila melihat Meiyin sudah ketinggalan.”

“Ini merupakan kemenangan terbesar saya. Saya memenangi beberapa pelumbaan amatur di Itali dan saya hanya menjadi pelumba professional saya bersama pasukan Nippo-De Rosa tahun lalu di mana saya memenangi Piala Jepun.”

“Kini, saya selesa mendahului di hadapan dan berharap rakan-rakan sepasukan saya dapat membantu saya menamatkan baki peringkat perlumbaan,” kata pelumba Colombia itu lagi.

ltdl-2013-shah-alam-genting-highlands-02Sementara itu, Wang Meiyin nyata kecewa apabila terpaksa melepaskan jersi kuning dan jersi merah kepada Arredondo Moreno selepas gagal mengulangi pencapaian cemerlangnya ketika menawan pendakian Hors di Cameron Highlands tiga hari lalu. Namun, pelumba pasukan Hengjiang Cycling Team itu masih mengekalkan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia yang dikuasainya sejak peringkat pertama lagi.

“Saya berasa agak kecewa hari ini kerana saya kehilangan jersi kuning dan merah tetapi saya masih menaruh harapan yang pasukan saya akan membantu saya memenanginya semula,” kata Wang Meiyin selepas tamat perlumbaan.

“Saya mengakui terdapat ramai pakar pendaki yang hebat di sini dan saya berpuas hati kerana sudah memberikan yang terbaik setakat ini.

Namun, pelumba negara sekali lagi gagal menyaingi kayuhan jaguh-jaguh antarabangsa dengan Muhammad Adiq Husainie Othman muncul selaku pelumba terbaik dengan menduduki kedudukan ke-32 ketinggalan 8 mini 21 saat di belakang Julian Arredondo. Selain itu, hasrat pasukan kebangsaan Malaysia untuk menduduki kedudukan ke-10 terbaik berkecai apabila sekadar berada tempat ke-15 setelah ketinggalan 23 minit 20 saat daripada pasukan yang menduduki tempat ke-10, Orica GreedEDGE.

ltdl-2013-shah-alam-genting-highlands-01Perlumbaan peringkat keenam hari ini merupakan jarak terpanjang pada edisi tahun ini yang akan bermula di Mentakab dan berakhir di Kuantan, Pahang sejauh 217.5 kilometer. Pelumba-pelumba bakal mengharungi tiga zon pecutan iaitu di Jerantut (54.9km), Bandar Jengka (97.3km), dan Maran (137.4km) manakala zon pendakian pula menanti pelumba di Sungai Piul (71.5km), Kota Gelanggi (80.6km) dan Jengka (103.4km).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 5 – SHAH ALAM KE GENTING HIGHLANDS (110.3km)

10 Pemenang Peringkat Ke-5
1-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 3:12.07s
2-Pieter Weening (NED) Orica GreenEDGE – 3:12.07s
3-Victor Nino Corredor (COL) RTS Racing Team – 3:12.25s
4-Sergio Pardilla (ESP) MTN Qhubeka – 3:12.46s
5-Peter Stetina (USA) Garmin-Sharp – 3:13.09s
6-Amir Kolahdohagh (IRI) Tabriz Petrochemical Team – 3:13.21s
7-Tsgabu Grmay (ETH) MTN Qhubeka – 3:13.24s
8-Fortunato Baliani (ITA) Tem Nippo-De Rosa – 3:13.28s
9-John Ebsen (DEN) Synergy-Baku Cycling Project  3:13.31s
10-Nathan Haas (AUS) Garmin-Sharp – 3:13.39s
————————————————————————————————-
32-M. Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System Pro Cycling – 3:20.02s
35-Mohd Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team – 3:20.18s
50-Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team – 3:22.59s
51-Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team – 3:23.39s
52-Amir Mustafa Rusli (MAS) Malaysia National Team – 3:23.58s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 17:43.20s
2-Pieter Weening (NED) Orica GreenEDGE – 17:44.42s
3-Sergio Pardilla (ESP) MTN Qhubeka – 17:45.30s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 17:46.00s
2-Amir Kolahdohagh (IRI) Tabriz Petrochemical Team+05s
3-Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +58s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 44 mata
2-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 36 mata
3-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 33 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 45 mata
2-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 44 mata
3-Pieter Weening (NED) Orica GreenEDGE – 30 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-MTN Qhubeka (MTN) 53:18.32s
2-Tabriz Petrochemical Team (TPT) +09.32s
3-Synergy-Baku Cycling Project (BCP) +13.43s

Tiga Pasukan Terbaik Asia Keseluruhan
1-Tabriz Petrochemical Team (TPT) 53:28.04s
2-Astana Pro Team(AST) +07.34s
3-Hengxiang Cycling Team (HEN) +14.57s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.