[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-4

francessco-chicchi-win-stage-4-ltdl-2013Henjutan bertenaga Francesco Chicchi pada saat-saat akhir berjaya meraih kemenangan pertama dalam Le Tour de Langkawi 2013. Pelumba pasukan Vini Fantini-Selle Italia berjaya mengenepikan cabaran Raja Pecut edisi terdahulu, Andrea Guardini di tempat kedua. Walaupun gagal untuk menjuarai peringkat ke-4 dari Tapah, Perak ke Kapar, Selangor namun Andrea Guardini berjaya merampas jersi biru Raja Pecut dari Wang Meiyin.

Pelumba kelahiran Itali berusia 33 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan mencatatkan masa 44 minit dan 22 saat mendahului rakan senegara, Andrea Guardini yang sekadar berpuas hati di tempat kedua manakala tempat ketiga diraih oleh Aidis Kruopis yang mewakili pasukan Orica GreenEdge dalam penamat kelompok besar. Francesco Chicchi nyata gembira dengan pencapaiannya namun mengakui cabaran sengit sepanjang perlumbaan.

“Selepas mengharungi 3 hari yang sukar termasuk membantu rakan pendaki saya, Yonathan Monsalve di Cameron Highlands (semalam), saya membuat keputusan untuk mencuba dan memenangi peringkat hari ini,” kata Francesco Chicchi.

“Saya berada di belakang Guardini ketika kami memasuki 200m terakhir dan yang berjaya memintasnya pada saat-saat akhir. Ini merupakan kemenangan pertama saya di Le Tour de Langkawi dan saya sangat gembira kerana ini merupakan perlumbaan yang besar.”

“Saya berasa sangat kagum melihat ramai orang di sepanjang laluan, memberi sokongan kepada pelumba-peluma dan ini telah menghadirkan motivasi kepada saya untuk menang.”

“Ini kali pertama saya berlumba di Malaysia khususnya dalam LTdL. Pada mulanya, sasaran saya ialah mencapai kemenangan sekurang-kurangnya untuk satu peringkat dan cuba mendapatkan jersi biru.”

“Bagaimanapun, perlumbaan pada tahun ini begitu sengit kerana kebanyakan pasukan membariskan pelumba yang hebat,” kata pelumba kelahiran Itali itu.

Dalam saingan sejauh 168.0 kilometer ini, 3 pelumba iaitu Yukiya Arashiro (Europcar), Taiji Nishitani (Aisan Racing Team) dan Phuchong Sai-Udomsin (OCBC Singapore) berjaya melakukan break-away pada zon pecutan di Teluk Intan (40.2km) namun berjaya ditangkap oleh peloton pada 3 kilometer terakhir sebelum menuju ke garisan penamat di Kapar. Sementara itu, Andrea Guardini pula mengakui keyakinan kembali meningkat selepas berjaya merampas jersi biru Proton.

“Hari ini, saya memenangi jersi itu dan ia memberi keyakinan kepada saya untuk berlumba dengan lebih baik,” kata Andrea Guardini.

“Keutamaan saya masih untuk memenangi peringkat perlumbaan tetapi saya sedar saingan kali sangat mencabar dengan ramai pakar-pakar pecut mengambil bahagian. Namun, kami mempunyai peluang yang sama selepas peringkat pendakian di Genting Highland.”

ltdl-2013-stage-4-tapah-to-kaparWang Meiyin berjaya mempertahan jersi kuning (terbaik keseluruhan), jersi merah (raja bukit) dan jersi putih (terbaik Asia). Saingan peringkat ke-5 bakal bermula di Proton, Shah Alam menuju ke Genting Highlands sejauh 110.3 kilometer dengan mengharungi satu pendakian kategori 4 di Bukit Cerakah (24.7km) serta tiga zon pecutan di Coalfields (37.3km), Paya Jaras (46.0km) dan Gombak (65.9km) sebelum tiba di peringkat pendakian kategori Hors di Genting Highlands.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 4 – TAPAH KE KAPAR (140.7km)

10 Pemenang Peringkat Ke-4
1-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 3:44.22s
2-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team ”
3-Aidis Kruopis (LTU) Orica GreenEdge ”
4-Raymond Kreder (NED) Garmin-Sharp ”
5-Andrew Fenn (GBR) Omega Pharma-Quickstep ”
6- Aldo Ino Ilesic (SLO) United Healthcare Pro Cycling ”
7-Ruslan Tleubayev (KAZ) Astana Pro Team ”
8-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project ”
9-Takeaki Ayabe (JPN) Aisan Racing Team ”
10-Kazuhiro Mori (JPN) Aisan Racing Team ”
——————————————————————————————–
14-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team ”
26-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team ”
27-Zulhilmie Afif A Zamri (MAS) Malaysia National Team ”
52-Mohd Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System Pro Cycling ”
57-Mohd Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team “

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 14:29.06s
2-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 14:31.49s
3-Nathan Haas (AUS) Garmin-Sharp – 14:32.35s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 14:29.06s
2-Alexandr Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team +3:38s
3-Andrey Kashechkin (KAZ) Astana Pro Team +3:38s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 41 mata
2-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 36 mata
3-Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Selle Italia – 33 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team – 44 mata
2-Julian David Arredondo Moreno (COL) Team Nippo-De Rosa – 20 mata
3-Nathan Haas (AUS) Garmin-Sharp – 16 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-MTN Qhubeka (MTN) 43:38.06s
2-Tabriz Petrochemical Team (TPT) +06s
3-Synergy-Baku Cycling Project (BCP) +02.55s

Tiga Pasukan Terbaik Asia Keseluruhan
1-Tabriz Petrochemical Team (TPT) 43:38.12s
2-Astana Pro Team (AST) +02:52s
3-Synergy-Baku Cycling Project (BCP) +02.55s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply