[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-3

Wang-Meiyin-win-stage-3-Le-Tour-de-Langkawi-2013Pelumba Hengxiang Cycling Team, Wang Meiyin mencipta kejutan menguasai pendakian kategori Hors di Brinchang untuk memenangi peringkat ketiga dari Sungai Siput ke Cameron Highlands semalam. Lebih manis, pelumba kelahiran China itu turut melakar sejarah menjadi pelumba pertama yang merangkul jersi kuning (Pendahulu Keseluruhan), jersi biru (Raja Pecut) dan jersi merah (Raja Bukit) serta mengekalkan jersi putih (Terbaik Asia) yang dipertaruhkan sejak edisi pertama pada 1996.

Kejayaan Wang Meiyin mengungguli pendakian kategori Hors di LTdL 2013 ini mengulangi pencapaian Wong Kam Po dari Hong Kong pada 2000 dan pelumba Jepun, Takeaki Ayabe pada 2011. Pelumba berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan peringkat ketiga dengan catatan masa 3 jam 50 minit 1 saat sementara pelumba Nippo-De Rosa, Julian David Arredondo Moreno dan Nathan Haas (Garmin-Sharp) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Wang Meiyin bersama Loh Sea Keong dan Ho Junrong dari pasukan OCBC Singapore serta Mohd Harrif Salleh (Terengganu Cycling Team) dan Seo Joon Yong (KSPO ) berjaya melakukan break-away bermula pada kilometer 10. Pakar pecut tempatan, Mohd Harrif Selleh berjaya menguasai zon pecutan di Ipoh (27.8km) dan Kampar (59.0km) serta menduduki tempat kedua di zon pecutan Tapah (79.8km).

Pemenang Raja Bukit Tour of Hainan tahun lalu itu meloloskan diri dari kelompok 5 pelumba pendahulu dengan melakukan kayuhan solo bertenaga pada 40 kilometer terakhir sekaligus menguasai pendakian di Ringlet (122.4km) dan Brinchang (140.7km). Pelumba kelahiran China itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas berjaya mengungguli puncak Cameron Highlands dan menanam impian untuk menawan Genting Highlands esok.

ltdl-2013-sungai-siput-to-cameron-highlands“Hari ini (semalam) merupakan hari yang baik buat saya. Strategi asal kami adalah menyerahkan kepada pelumba lain dalam pasukan untuk membuat pemecahan,” Meiyin.

“Saya sudah berehat semalam (kelmarin). Apabila saya tengok tidak ada rakan sepasukan yang buat pemecahan, saya mengambil keputusan untuk mengambil peluang ini.”

“Ketika perlumbaan berbaki 40km, saya buat pemecahan secara solo. Situasi itu menyebabkan saya kini berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi satu lagi peringkat pendakian di Genting Highlands.”

“Saya mahu menang dan akan cuba yang terbaik. Mungkin pelumba daripada pasukan profesional lain tidak menjangkakan saya menang. Mereka tidak mengenali saya. Saya bernasib baik.”

wang-meiyin-make-a-record“Saya akan cuba untuk mempertahankan jersi kuning ini kerana saya yakin rakan sepasukan akan membantu saya melakukannya tetapi kami tidak tahu apa yang berlaku esok (hari ini). Ini adalah hari yang paling hebat dalam hidup saya,” kata pelumba berusia 25 tahun itu lagi.

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 akan meneruskan kayuhan dari Tapah, Perak ke Kapar, Selangor sejauh 168.0km hari ini. Pelumbaan mendatar ini namun sedikit beralun tanpa sebarang zon pendakian bakal menjadi milik pakar-pakar pecut membuktikan kehebatan dalam tiga zon pecut di Teluk Intan (40.2km), Sungai Besar (89.0km) dan Kuala Selangor (140.8km).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 3 – SUNGAI SIPUT KE CAMERON HIGHLANDS (140.7km)

10 Pemenang Peringkat Ketiga
1-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling – 3 jam 50 minit 1 saat
2-Julian David Arredondo Moreno (COL) Nippo-De Rosa – 3:52.28s
3-Nathan Haas (AUS) Garmin-Sharp – 3:53.12s
4-Wesley Sulzberger (AUS) Orica Greenedge – 3:53.12
5-Pieter Weening (NED) Orica Greenedge – 3:53.14s
6-Yonatha Monsalve (VEN) Vini Fantini-Selle Italia – 3:53.14s
7-Pieter Serry (BEL) Omega Pharma-Quickstep – 3:53.14s
8-Fortunato Baliani (ITA) Nippo-De Rosa – 3:53.14s
9-Tsagbu Grmay (ETH) MTN Qhubeka – 3:53.14s
10-Dennis Van Niekerk (RSA) MTN Qhubeka – 3:53.14s
——————————————————————————————-
33-M. Adiq Husainie Othman (MAS) Champion System Pro Cycling – 3:56.06s
46-Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team – 3:57.35s
47-Muhamad Rauf Nur Misbah (MAS) Malaysia National Team – 3:57.35s
62-Mohamad Fauzan Ahmad Lufti (MAS) Malaysia National Team – 3:57.35s
65-Mohammad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team – 3:57.52s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Wang Meiyin (Hengxiang Cycling) 10 jam 44 minit 44 saat
2-Julian David Arredondo Moreno (Nippo-De Rosa) +2:43s
3-Nathan Haas (Garmin-Sharp) +3:29s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)
1-Wang Meiyin (Hengxiang Cycling) 10 jam 44 minit 44 saat
2-Alexandr Dyachenko (Astana Pro Team) +3:38s
3-Andrey Kashechkin (Astana Pro Team) +3:38s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Wang Meiyin (Hengxiang Cycling) – 36 mata
2-Theo Bos (Blanco Pro Cycling Team) – 30 mata
3-Andrea Guardini (Astana Pro Team) – 27 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Wang Meiyin (Hengxiang Cycling) – 44 mata
2-Julian David Arredondo Moreno (Nippo-De Rosa) – 20 mata
3-Nathan Haas (Garmin-Sharp) – 16 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-MTN Qhubeka (MTN) 32 jam 25 minit
2-Tabriz Petrochemical Team (TPT) +6s
3-Synergy-Baku Cycling Project (BCP) +2:55s

Tiga Pasukan Terbaik Asia Keseluruhan
1-Tabriz Petrochemical Team (TPT) 32 jam 25 minit 6 saat
2-Synergy-Baku Cycling Project (BCP) +3.o1s
3-Astana Pro Team (AST) +3.04s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply