[LUMBA BASIKAL] KEPUTUSAN LTdL 2013 – PERINGKAT KE-2

Theo-Bos-win-stage-2-LTdL-2013Theo Bos terus membuktikan kehebatannya selaku pencabar utama Le Tour de Langkawi 2013 apabila berjaya menjuarai peringkat kedua dari Serdang, Kedah ke Kuala Kangsar, Perak. Pelumba pasukan Blanco Pro Cycling paling awal mencecah garisan penamat dengan masa dua jam 54 minit 48 saat mengatasi Andrea Guardini (Astana ProTeam) di tempat kedua manakala Aidis Kruopis (Orica GreenEDGE) mengisi kedudukan ketiga.

Perlumbaan bermula rancak dengan 5 pelumba melakukan break-away seawal kilometer kedua diketua dua pelumba negara, Anuar Manan (Synergy-Baku Cycling Project) dan Mohd Shahrul Mat Amin (Terengganu Cycling Team) bersama-sama Seo Joon Yong (KSPO), Li Fuyu (Hengxiang Cycling Team) dan Goh Choon Huat (OCBC Singapore) dengan berjaya meraih mata di tiga zon pecutan dan satu zon pendakian sebelum kembali ditangkap oleh peloton pada 5 kilometer terakhir.

Bos nyata gembira dengan kejayaan mengungguli dua peringkat setakat ini selepas cemerlang menguasai peringat pertama kelmarin dari Kangar ke Kulim. Dalam perlumbaan sejauh 117.8km itu, pelumba kelahiran Herden, Belanda itu mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukan terutama Greame Brown yang memimpinnya sebelum membuka laluan 300m sebelum garisan penamat. Namun, pelumba berusia 29 tahun itu mengakui dia bakal kehilangan jersi kuning pada peringkat ketiga hari ini.

Aidis-Kruopis-Theo-Bos-Andrea-Guardini“Saya menghadapi masalah untuk melakukan kayuhan di peringkat pendakian. Jadi, saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi menghadapi perlumbaan esok (dari Sungai Siput ke Cameron Highland),” kata Theo Bos selepas tamat perlumbaan.

“Rakan sepasukan, Graeme (Brown) melakukan tugas dengan baik. Dia membuka laluan untuk membolehkan saya memecut ke hadapan ketika perlumbaan berbaki 300m.”

“Ketika itu, saya lihat salah seorang pelumba mengekori rapat tetap apabila saya melakukan henjutan kedua, pelumba itu sudah tiada. Pada masa itu, saya lihat kemunculan Guardini tetapi saya berjaya melakukan kayuhan yang baik untuk melepasi garisan penamat.”

“Sebagai pelumba pecut saya memang mahu memenangi perlumbaan peringkat, setiap tahun saya berazam untuk mencipta rekod menang sebanyak mana peringkat dalam perlumbaan yang saya sertai.”

LTdL-2013-stage-2Sementara itu, Anuar Manan dari pasukan Synergy Baku Cycling Project muncul pelumba terbaik Malaysia apabila menduduki tempat kelima keseluruhan (6:54.59s). Dalam kategori pelumba Asia terbaik (jersi Putih), Wang Meiyin terus mempertahankan kedudukan selepas dua peringkat dengan mengumpul catatan masa 6’54:56s. Sementara itu, jersi Merah (Raja Bukit) bertukar tangan apabila  Seo Joon Yong mewakili KSPO merampas jersi itu daripada Wang Meiyin dengan menutip 10 mata pada kategori pendakian di Bukit Sumpitan.

Perlumbaan peringkat ketiga hari ini dijangka dikuasai oleh pelumba-pelumba pendaki yang bakal memulakan kayuhan dari Sungai Siput, Perak ke Cameron Highlands, Pahang dengan jarak perlumbaan sejauh 140.7 kilometer. Tiga zon pecutan bakal dihadapi oleh pelumba-pelumba di Ipoh (27.8km), Kampar (59.0km) dan Tapah (79.2km) manakala zon pendakian kategori 1 di Ringlet (122.4km) serta zon pendakian kategori Hors di Brinchang (140.7km).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 2 – SERDANG KE KUALA KANGSAR (117.8km)

10 Pemenang Peringkat Kedua
1-Theo Bos (NED) Blanco Pro Cycling Team – 2 jam 54 minit 48 saat
2-Andrea Guardini (ITA) Astana ProTeam ”
3-Aidis Kruopis (LTU) Orica GreenEDGE ”
4-Bryan Coquard  (FRA) Team Europcar ”
5-Andrew Fenn (GBR) Omega Pharma-Quickstep ”
6-Francesco Chicchi  (ITA) Vini Fantini-Selle Italia ”
7-Stelle Von Hoff  (AUS) Garmin-Sharp ”
8-Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical Team ”
9-Fabian Schnaidt (GER) Champion System Pro Cycling ”
10-Fabian Bertazzo (ITA) Androni Giocattoli-Venezuela ”
———————————————————————————–
13-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team ”
17-Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team ”
19-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project ”
23-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia Nasional Team ”
35-Muhamad Adiq Husainie Othman (MAS) Champion System Pro Cycling “

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)
1-Theo Bos (NED) Blanco Pro Cycling Team 6 jam 54 minit 45 saat
2-Andrea Guardini (ITA) Astana ProTeam 6 jam 54 minit 55 saat
3-Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 6 jam 54 minit 56 saat

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)
1- Wang Meiyin (CHN) Hengxiang Cycling Team 6 jam 54 minit 56 saat
2- Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project +03s
3- Joon Yong Seo (KOR) KSPO +05s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)
1-Theo Bos (NED) Blanco Pro Cycling Team – 30 mata
2-Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team – 27 mata
3-Bryan Coquard  (FRA) Team Europcar – 26 mata

Tiga Pelumba Bukit Terbaik (Jersi Merah)
1-Joon Yong Seo (KOR) KSPO – 10 mata
2-Li Fuyu (CHN) Hengxiang Cycling Team – 7 mata
3-Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project – 6 mata

Tiga Pasukan Terbaik Keseluruhan
1-Garmin-Sharp – 20 jam 45 minit 15 saat
2-UnitedHealthcare Pro Cycling – 20 jam 45 minit 15 saat
3-Androni Giocattoli-Venezuela – 20 jam 45 minit 15 saat

Tiga Pasukan Terbaik Asia Keseluruhan
1-KSPO – 8 jam 44 minit 24 saat
2-Aisan Racing Team – 8 jam 44 minit 24 saat
3-Indonesia National Team – 8 jam 44 minit 24 saat

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply