[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-8

Hasrat Pahang untuk merampas tahta kembali Liga Super 2013 tidak kesampaian selepas diikat seri 2-2 oleh Kelantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Beraksi di laman sendiri, pasukan bimbingan Dollah Salleh bermula garang dengan mempamerkan aksi bertenaga namun gagal merobek gawang The Red Warriors. Namun, Kelantan berjaya menghukum kealpaan benteng Pahang apabila Mohd Nor Farhan Muhammad berjaya meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-10.

Perlawanan terus rancak namun skuad Tok Gajah terpaksa menunggu sehingga minit-minit akhir perlawanan apabila pemain sayap, Mohd Hafiz Kamal berjaya menjaringkan gol penyamaan. Perlawanan terus rancak sebaik babak kedua bersambung dengan aksi berbalas serangan oleh kedua-dua pasukan. Tuan rumah tersentak apabila Mohd Hafiz Kamal dilayangkan kad merah pada minit ke-63 kerana mengasari dan memijak pemain Kelantan, Mohd Zamri Ramli.

The Red Warriors gagal memanfaatkan kelebihan itu dan terpaksa menunggu sehingga minit ke-84 untuk kembali mendahului menerusi pemain import, Keita Mandjou yang berjaya menanduk masuk menewaskan penjaga gol Pahang. Kedudukan itu hanya bertahan dua minit apabila Pahang dihadiah sepakan penalti yang disempurnakan oleh Mohd Fauzi Roslan untuk kedua-dua pasukan pulang dengan satu mata.

Sementara itu, Terengganu terus mempamerkan kebangkitan apabila mengejutkan pendahulu liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Meskipun beraksi tanpa 4 tonggak utama termasuk penyerang import, Jean-Emmanuel Effa Owona namun skuad Peteh bermula garang dengan mendahului pada minit ke-28 menerusi rembatan kencang pemain bek kiri, Mohd. Khairul Ramadhan. Perlawanan hambar dipamerkan menyaksi tiada tambahan gol sehingg tamat separuh masa pertama.

ATM terpaksa menunggu sehingga minit ke-74 untuk memperolehi gol penyamaan pada minit ke-74 menerusi penyerang berbisa, Marlon Alex James. Penyerang Terengganu, Mohd Ashaari Shamsuddin kembali menceriakan tuan ruma dengan meledak gol pada minit ke-80 sebelum Christie Jayaselan kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-89 dalam situasi kelam kabut di hadapan gawang Terengganu.

Hasrat ATM untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata berkecai apabila Ashaari Shamsuddin muncul wira Terengganu dengan meledak gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan sekaligus memberika 3 mata mutlak buat skuad Penyu. Sementara itu, Johor Darul Takzim FC dan Felda United sekadar berpuas hati dengan satu mata selepas terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Manakala perlawanan antara LIONS XII dan Perak ditunda ke 6 April nanti.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-8

Jumaat (22 Februari 2013)

FELDA United 0 – 0 Darul Takzim FC

Negeri Sembilan 0 – 0 T-Team

Selangor 0 – 0 PKNS FC

Sabtu (23 Februari 2013)

Terengganu 3 – 2 Angkatan Tenteran Malaysia
[1-0] Mohd Khairul Ramadhan 28′
[1-1] Marlon Alex James 74′
[2-1] Mohd Ashaari Shamsuddin 80′
[2-2] Christie Jayaselan 89′
[3-2] Mohd Ashaari Shamsuddin 90+’

Pahang 2 – 2 Kelantan
[0-1] Nor Farhan Muhammad 10′
[1-1] Mohd Hafiz Kamal 45′
[1-2] Keita Mandjou 84′
[2-2] Mohd Fauzi Roslan 86′

LIONS XI – Perak
*Ditangguhkan ke 6 April 2013

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply