[LIGA MALAYSIA] RANGKUMAN LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-7

ATM-gol-Marlon-Alex-James-feb-2013The Gladiators berjaya merampas tahta liga apabila berjaya menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. Skuad bimbingan B. Sathianathan bermula garang dengan mengasak ke gawang Selangor sebaik perlawanan bermula. Usaha ATM berhasil apabila percubaan pemain import, Bruno Sebastian Marteloto pada minit ke-16 gagal dihalang oleh penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor bangkit membalas serangan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-30 menerusi Frankey Doe namun dinafikan oleh penjaga gol ATM, Md. Farizal Harun. The Gladiators terus menguasai perlawanan dengan mengasak ke kubu Selangor namun gagal menambah jaringan. Selangor yang terdesak mencari gol penyamaan sekali lagi hampir memecah kebuntuan pada minit ke-59, namun rembatan kencang Shukor Jusoh terkena palang.

Keghairahan pasukan pelawat mencari gol penyamaan hampir membawa padah apabila percubaan Alex James dan Shukor Adan pada minit ke-67 dan ke-68 berjaya ditepis keluar oleh Norazlan Razali. Selangor terus dirundung malang apabila Mohd. Raimi Md. Nor dibuang padang selepas didapati mengasari pemain pertahanan ATM, Norfazly Alias pada minit ke-80. Marlon Alex James melengkapkan kemenangan ATM apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90.

Sementara itu, Pahang terus hampa untuk merampas kedudukan teratas liga apabila tewas 1-0 kepada Perak di Stadium TLDM, Lumut. Perlawanan tampak seimbang namun skuad Seladang berjaya mendahului apabila Jalaluddin Jaafar tertanduk masuk ke gawang sendiri pada minit ke-42. Palang dan tiang selain ketangkasan penjaga gol Perak, Farizal Marlias berjaya menafikan hasrat Pahang untuk menjaringkan gol dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.

kedudukan-liga-super-2013-FebPertemuan Johor Darul Takzim FC dan LIONS XII berlangsung sengit di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin dengan kedudukan terikat 2-2. Pemain tengah LIONS XII, Hariss Harun membuka tirai jaringan pada minit ke-3 sebelum pemain import dari Itali, Simone Del Nero menyamakan kedudukan pada minit ke-11. Baihakki Khaizan kembali meletakkan Lions XII di depan menerusi tandukan padu pada minit ke-37 namun jaringan Mat Yo pada minit ke-81 berjaya memastikan Darul Takzim FC  berjaya meraih sekurang-kuranya satu mata.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013 – PERLAWANAN KE-7

Selasa (19 Februari 2013)

ATM 2 – 0 Selangor
[1-0] Bruno Marteloto 16′
[2-0] Marlon Alex James (pen) 90′

Kelantan 2 -0 Terengganu
[1-0] Keita Manjou 32′
[2-0] Keita Manjou 63′

Darul Takzim FC 2 – 2 LIONS XII
[0-1] Hariss Harun 3′
[1-1] Simone Del Nero 11′
[1-2] Baihakki Khaizan 37′
[2-2] Norshahrul Idlan Talaha 81′

Perak 1 – 0 Pahang
[1-0] Jalaluddin Jaafar (OG) 42′

PKNS FC 2 -2 Negeri Sembilan
[1-0] Patrick Ronaldinho 5′
[1-1] Rashid Mahmud 11′
[2-1] Mohd. Fauzan Duzulkifli 26′
[2-2] Shahurain Abu Samah 87′

T-Team 1 – 1 FELDA United
[0-1] Khairul Anuar Jamil 6′
[1-1] Abdul Latif Suhaimi 60′

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply