[KOMENTAR] WILSHERE BAKAL PEMAIN TERBAIK DUNIA – GERRARD

steven-gerrard-vs-jack-wilshereKapten England, Steven Gerrard mengakui Jack Wilshere bakal menjadi salah seorang pemain terbaik dunia suatu hari nanti. Berdasarkan prestasi semasa bersama Arsenal, bintang muda Arsenal berusia 22 tahun itu dilihat bakal menjadi tonggak baru di bahagian tengah skuad The Three Lions. Jack Wilshere telah dipilih sebagai ‘Vauxhall Man of the Match’selepas cemerlang membantu England menewaskan 2-1 Brazil di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Steven Gerrard dan Jack Wilshere telah bersemuka dalam aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris menyaksikan Arsenal dan Liverpool terikat 2-2 hujung bukan lalu. Gerrard turut memuji aksi Wilshere yang berjaya menampilkan aksi bertenaga dan mengekalkan kualiti persembahan dalam perlawanan tersebut meskipun baru kembali dari kecederaan panjang pada Oktober lalu. Kapten Liverpool itu mengakui Wilshere berada di prestasi terbaik dalam memimpin rentak perlawanan.

“Saya rasa (Wilshere) memiliki potensi untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia,” kata Gerrard.

“Saya tidak mahu menambah lagi tekanan. Itu tidak adil. Tetapi beraksi menentangnya baru-baru ini dan dalam sesi latihan (England), dia adalah ‘one-off’. Dia beraksi sangat baik berbanding pemain tengah lain dalam Liga Perdana. Saya sangat yakin terhadapnya.”

Jack-Wilshere-England-vs-BrasilSambil terus berbicara mengenai Wilshere, pemain tengah England berusia 33 tahun itu mengakui salah satu perkara yang membuatkan dirinya masih kekal beraksi meskipun mulai dihimpit usia kerana dia boleh beraksi dengan sesiapa dan di mana-mana posisi sahaja. Keupayaan dan kemampuan Wilshere untuk menyesuaikan diri dengan mana-mana posisi dalam pasukannya membuatkan dirinya menjadi pemain yang hebat.

“Dia memiliki segala-galanya ; dia boleh melakukan terjahan, turun dan naik di atas padang, melakukan hantaran tepat, mencipta peluang gol dan menjaringkan gol,” kata Gerrard lagi.

“Dia berada di setiap kotak penalti dan dia menjadi semakin baik dan bertambah baik. Dia baru berusia 22 tahun dan memiliki bakat yang luar biasa. Kami sangat gembira dia sudah kembali dan dapat beraksi bersama-samanya.”

“Saya berharap dia akan memberikan yang terbaik kepada kami (England). Dia merupakan pemain utama dan dia memberikan sesuatu di bilik persalinan,” kata kapten England itu lagi.

Jack-Wilshere-England-vs-Brazil-2013Sementara itu, seorang lagi bintang England, Frank Lampard turut memuji persembahan yang ditampilkan oleh bintang muda Arsenal itu. Frank Lampard berjaya menjaringkan gol kemenangan England menerusi sepakan lencong menarik pada minit ke-60. Terdahulu, Wayne Rooney meletakkan England di hadapan selepas menyambar bola muntah susulan percubaan Theo Walcott pada minit ke-26 sebelum Fred berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

“Saya rasa (Wilshere) merupakan pemain yang hebat. Saya sudah mengatakannya sejak kali pertama dia beraksi (bersama England),” kata Frank Lampard.

“Kualitinya kawalan bolanya dan kemampuan teknikalnya serta kepantasannya untuk melarikan diri daripada pemain lawan.”

“Saya rasa dia akan menjadi pemain yang penting bagi England dan terbaik di dunia,” kata Lampard lagi.

Incoming search terms:

  • komentar pemain tentang wilshere
This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply